Damai dalam Berserah
Dahi Kayla berkerut semasa dia menyumbat sekeping lagi kertas kecil ke dalam kotak yang telah penuh label “Serahkan kepada Tuhan” di keempat-empat sisinya. Sambil menggoncang-goncangkan kotak yang berisi kertas-kertas doa kecil yang ditulisnya, dia mengeluh panjang. “Setiap hari doa-doa itu saya baca dengan suara yang kuat,” katanya kepada kawannya. “Macam mana saya boleh pasti yang Tuhan mendengar doa saya?” sambungnya. Kawannya, Chantel, menghulurkan Alkitabnya kepada Kayla sambil berkata, “Dengan percaya bahawa Tuhan itu menepati janji-Nya, dan benar-benar melepaskan kebimbangan kamu setiap kali kamu menulis atau membaca doa yang telah kamu serahkan kepada-Nya.”

Keluarga Tuhan
Suatu hari pada tahun 1863, ketika Edwin sedang berdiri di atas platform kereta api di Bandar Jersey, Amerika Syarikat, dia ternampak seorang lelaki diasak-asak oleh para penumpang. Akibatnya, lelaki itu terjatuh ke dalam celah antara kereta api dan platform. Keretapi mula bergerak. Dengan segera Edwin mencapai dan menarik lelaki itu ke tempat yang selamat tepat pada masanya sebelum terlambat.
Apabila Hidup Tidak Adil
Dalam novel klasik Charles Dickens, Oliver Twist, Oliver yang lemah dan sakit dilahirkan di sebuah rumah kebajikan, sebuah institusi yang terkenal dengan reputasi buruknya kerana mengeksploitasi golongan miskin. Menjadi yatim piatu sejak lahir, budak lelaki itu akhirnya melarikan diri disebabkan layanan yang kejam. Melalui beberapa kejadian yang mengejutkan, Oliver akhirnya mengetahui bahawa dia ialah pewaris kepada harta yang banyak. Penulis novel ini, Dickens, gemar dengan pengakhiran novel yanggembira, jadi dia pastikan bahawa setiap watak yang berbuat jahat kepada Oliver selama ini sama ada dihukum atau meminta maaf. Penindasnya menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, sementara Oliver “mewarisi tanah itu.” Alangkah baiknya jika kehidupan ini mempunyai kesudahan yang begitu bahagia seperti yang tertulis dalam novel Dickens.
Menyerupai Yesus
Sebagai seorang kanak-kanak Amerika yang dilahirkan pada tahun 1950-an dan 60-an, saya dibesarkan pada era beskol, yang digelar sebagai “hiburan utama Amerika”. Saya tidak sabar untuk pergi ke taman dan bermain besbol, dan salah satu kegembiraan terbesar saya ialah ketika saya menerima jersi besbol yang tertera nama pasukan kami—GIANTS! Walaupun angka 9 di bahagian belakang membezakan saya daripada ahli yang lain, pakaian seragam yang sama menunjukkan kami berada dalam satu pasukan.

Seorang Sahabat pada Tengah Malam
“Siapa yang boleh kamu hubungi pada tengah malam apabila segalanya terasa hancur?” Soalan ini menggugah perasaan saya untuk pertama kali apabila saya mendengarnya beberapa tahun yang lalu. Berapa orang sahabat saya yang cukup rapat sehingga saya boleh minta pertolongan mereka pada saat yang amat memerlukan? Saya tidak pasti.
