Category  |  Pedoman Harian

Tinggal di dalam Yesus

“Suatu kenikmatan hanya menjadi sempurna apabila ia dikenang.” Kata-kata ini, yang diucapkan oleh seorang watak dalam buku C. S. Lewis yang berjudul Out of the Silent Planet, menggambarkan sukacita yang dialami apabila kita mengenang kembali pengalaman hidup yang berharga. Walaupun kita dapat merasakan sukacita ketika menikmati pemandangan yang indah sewaktu mendaki bukit, atau meraikan suatu peristiwa penting bersama orang yang kita kasihi, apa yang kita rasakan pada waktu tersebut mungkin hanyalah kesenangan awal. Selalunya, apabila kita mengingat kembali saat-saat tersebut (dan yang seumpamanya), sukacita itu menjadi semakin bertambah kerana kita pernah mengalaminya.

Berdoa untuk Pertumbuhan Rohani

Selepas Lam Wai Chan berpindah dari tanah airnya, Singapura, untuk menjadi pendeta sebuah gereja di Jepun, dia berasa panik. Gereja itu hanya mempunyai kira-kira dua puluh orang anggota. Di sebuah negara yang dikenali sebagai “kuburan mubaligh ,” yang hanya kira-kira satu peratus penduduk beragama Kristian dan banyak gereja kosong, Lam merasakan “seolah-olah aku mengambil alih sebuah kapal yang sedang tenggelam.” Ketika berseru kepada Tuhan, dia merasakan jawapannya: Serahkanlah gereja itu kembali kepada-Ku.

Yesus—Pengganti Kita

Semasa Perang Saudara Amerika Syarikat (1861-1865) berlarutan, kedua-dua pihak memerlukan lebih ramai askar. Oleh itu, dibuatlah undang-undang kerahan tentera (orang biasa dikerah menjadi askar). Di pihak Selatan (Konfederasi), ada satu cara untuk mengelakkan diri daripada pergi berperang. Seorang lelaki yang dipilih menjadi askar boleh membayar orang lain untuk menggantikannya. Biasanya si pengganti itu ialah orang yang terlalu muda atau terlalu tua. Mereka sebenarnya tidak wajib pergi berperang. Biasanya orang yang enggan pergi berperang itu dipanggil “prinsipal”. Dia perlu membayar yuran kepada kerajaan serta sejumlah besar wang kepada penggantinya. Jadi, hanya golongan kaya yang mampu menanggung kos pengganti.

Lebih Manis daripada Madu

Jika anda ingin membuat Jarrett tersenyum, tanyalah tentang lebahnya. Dia seorang penternak lebah. Walaupun pertemuan kami di halaman belakang rumahnya bukan tentang lebah, pelajaran tentang pemeliharaan dan pembiakan lebah sering menjadi bahagian menarik dalam perbualan kami. Tetapi yang lebih istimewa daripada “perbualan bzzz” ialah kesegaran semula jadi dan rasa manis madu keemasan yang dihasilkan oleh lebah-lebah Jarrett yang rajin bekerja. Ah, sungguh sedap!