Nyanyian Hidup Kita
Setiap orang yang tersentuh oleh sebuah muzik mendengarnya secara berbeza. Penggubah mendengarnya dalam ruang bayangannya. Para penonton mendengarnya dengan deria dan emosi mereka. Ahli-ahli orkestra yang mendengar dengan jelas bunyi instrumen yang paling dekat dengan mereka. Dalam erti kata yang lain, kita ialah ahli-ahli orkestra Tuhan. Sering kali kita mendengar hanya muzik yang paling dekat dengan kita. Kerana kita tidak mendengar suatu persembahan yang seimbang, kita seperti Ayub yang berseru ketika dia menderita: “Sekarang aku menjadi sajak sindiran dan ejekan mereka” (Ayub 30:9, Alkitab TB).
Perkataan Melulu
Saya telah memandu selama hampir setengah jam apabila anak perempuan saya tiba-tiba meraung dari tempat duduk belakang. Apabila saya bertanya, “Apa yang terjadi?” Dia berkata abangnya telah mencengkam lengannya. Abang itu mendakwa dia telah mencengkam lengan adiknya kerana dia telah mencubitnya. Adik itu berkata dia mencubit abangnya kerana dia telah mengatakan sesuatu yang jahat.
Penglihatan Kurang Jelas
Kawan saya Meaghan seorang penunggang kuda yang mahir, dan saya telah belajar beberapa perkara yang menarik tentang kuda daripadanya. Sebagai contoh, walaupun mempunyai mata yang terbesar antara semua mamalia darat, penglihatan kuda lemah dan hanya boleh melihat sedikit warna. Oleh itu, kuda tidak selalu dapat mengenal pasti objek di atas tanah. Apabila melihat sebatang kayu, kuda tidak tahu jika itu kayu yang boleh dilangkahi atau ular besar yang mungkin mematuknya. Atas sebab ini, jika kuda belum dilatih dengan betul, kuda itu akan mudah ketakutan dan cepat lari pergi.
Bermain Dengan Api
Ketika saya masih kanak-kanak, ibu saya memberi amaran supaya saya tidak bermain dengan api. Namun suatu hari saya memutuskan untuk melihat apa yang akan berlaku jika saya bermain dengan api. Saya mengambil sekotak pemetik api dan beberapa kertas, lalu saya keluar ke belakang rumah untuk membuat percubaan. Dengan hati yang berdebar-debar, saya berlutut di atas tanah, memetik pemetik api, dan membakarkan kertas.
Kiraan Saat Penting
Pada usia 59 tahun, kawan saya Bob Boardman menulis, “Jika 70 tahun jangka hayat biasa dimuatkan dalam 24 jam sehari, hidup saya kini menunjuk waktu 8:30 malam. … Masa semakin berlalu dengan begitu cepat.”
Hujan Mukjizat
Kehidupan adalah sukar bagi penduduk yang tinggal di sebuah kawasan berbukit di Wilayah Yunnan China. Sumber utama makanan mereka adalah jagung dan beras. Tetapi pada bulan Mei 2012 kemarau yang teruk melanda rantau ini dan tanaman di sana layu. Semua orang bimbang, dan banyak amalan karut telah dijalankan oleh penduduk yang cuba menamatkan kemarau. Apabila tidak berhasil, orang ramai mula menyalahkan lima orang Kristian di kampung itu yang dituduh menyinggung perasaan roh-roh nenek moyang.
Lebih Baik Daripada Terjaga
Pernahkah anda merasakan bahawa hidup anda telah hancur akibat melakukan perbuatan yang memalukan, mengaibkan ataupun jenayah—tetapi bangun dan menyedari bahawa ia hanya suatu mimpi? Tetapi bagaimana jika ia bukan sekadar suatu mimpi ngeri? Bagaimana sekiranya semua keadaan itu nyata—sama ada untuk dirimu sendiri atau seseorang yang anda kasihi?
Kita Ada Buah!
Ibu muda itu mengeluh apabila dia menyediakan sedikit makanan untuk makan tengah hari untuk anak perempuannya yang berusia 3 tahun. Sambil memandang bakul buah-buahan yang kosong di atas meja di dapur kecil mereka, dia mengeluh dan berkata dengan kuat, “Kalaulah kita mempunyai sebakul buah-buahan, saya akan berasa kaya!” Anak kecilnya terdengar kata-katanya.
Kita Boleh Tahu
Sementara saya duduk di dalam kereta api menuju ke janji temu penting, saya mula tertanya-tanya jika saya berada di dalam kereta api yang betul. Saya tidak pernah melalui jalan itu sebelum ini dan tidak mendapatkan bantuan. Akhirnya, apabila dikuasai ketidakpastian dan keraguan, saya keluar di stesen yang di hadapan—lalu dimaklumkan yang saya memang berada di dalam kereta api yang betul!