Pelajaran Untuk Kanak-kanak
Apabila anak perempuan saya menerangkan masalah yang dihadapinya ketika dia makan tengah hari di sekolahnya, saya terus tertanya-tanya bagaimana saya boleh menyelesaikan isu itu untuknya. Tetapi saya berubah fikiran. Mungkin Tuhan telah mengizinkan masalah ini supaya dia boleh melihat Tuhan sedang bekerja dan lebih mengenali-Nya lagi. Maka saya membuat keputusan untuk berdoa dengan anak saya, bukan berlari ke sisinya untuk menyelamat-kannya. Kemudian masalah itu diselesaikan tanpa apa-apa bantuan daripada saya!
Bukan Seorang Banduan Lagi
Seorang lelaki dalam pertengahan umurnya mendekati saya selepas saya mengetuai satu bengkel di tempat kerjanya. Dia bertanya soalan ini: “Saya telah menjadi Kristian hampir seluruh hidupku, tetapi saya sentiasa kecewa dengan diri saya. Kenapa saya seolah-olah selalu melakukan perkara yang saya tidak ingin lakukan, malah rasanya saya tidak pernah melakukan perkara yang saya tahu patut lakukan? Tidakkah Tuhan semakin jemu dengan saya?” Nampaknya dua lelaki yang berdiri di sebelah saya juga tidak sabar untuk mendengar jawapan itu.
Selamat Pulang!
Apabila kami menghadapi masa yang amat mencabar dengan anak lelaki kami, seorang rakan menarik saya ke tepi selepas persekutuan gereja. “Saya mahu anda tahu bahawa saya berdoa untuk anda dan anak anda setiap hari,” katanya. Kemudian dia berkata: “Saya berasa bersalah.”
Orang Sebenar, Tuhan Sebenar
Beberapa tahun dahulu, saya menerima sepucuk surat daripada seorang pembaca Our Daily Bread selepas saya menulis mengenai tragedi keluarga saya. “Apabila anda memberitahu mengenai tragedi anda,” orang ini menulis, “Saya menyedari bahawa rupa-rupanya penulis adalah orang sebenar yang mempunyai masalah sebenar.” Itu memang benar! Saya melihat seluruh senarai lelaki dan wanita yang menulis artikel-artikel ini, dan saya mendapati ada orang harus mengalami penyakit kanser, kanak-kanak yang sesat, impian yang tidak tercapai dan banyak jenis kehilangan yang lain. Sesungguhnya kita hanya orang biasa, orang sebenar menulis tentang Tuhan sebenar yang memahami masalah sebenar kita.
Anda Dahulu!
Sherpa Nawang Gombu yang berasal dari Tibet dan Jim Whittaker dari Amerika Syarikat mencapai puncak Gunung Everest pada 1 Mei 1963. Ketika mereka menghampiri puncak, kedua-dua mereka masing-masing berfikir tentang penghormatan untuk menjadi orang yang pertama melangkah ke puncak. Whittaker memberi isyarat kepada Gombu untuk bergerak ke hadapan, tetapi Gombu enggan dan berkata sambil tersenyum: “Anda dahulu, Abang Jim!” Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk melangkah ke puncak pada masa yang sama.
Duta Pendamaian
Ketika Dr Martin Luther King Jr. berkhutbah pada pagi Ahad tahun 1957, dia berjuang melawan godaan untuk membalas dendam terhadap masyarakat yang penuh dengan rasisme.
Suatu Petunjuk Syurga
Taman botani bertaraf dunia di seberang jalan dari gereja kami adalah tempat yang terbaik bagi gereja untuk mengadakan pertemuan komuniti. Ketika saya berjalan-jalan di taman itu, menyapa orang yang saya telah kenali selama bertahun-tahun, berbual-bual dengan mereka yang saya tidak berjumpa baru-baru ini, dan menikmati keindahan di persekitaran yang dijaga oleh orang yang memahami dan mencintai tumbuh-tumbuhan, saya menyedari bahawa petang itu kaya dengan simbol-simbol tentang gereja yang sepatutnya berfungsi—menunjukkan bayangan syurga di bumi.
Menginginkan Pertumbuhan
Axolotl (disebut sebagai ET so LAH tol) adalah misteri dari segi biologi. Daripada bertumbuh menjadi matang ke dalam bentuk dewasa, salamander (binatang yang seakan-akan cicak) yang terancam di Mexico ini mengekalkan ciri-ciri seperti berudu sepanjang hayatnya. Penulis dan ahli falsafah telah menggunakan axolotl sebagai suatu simbol untuk merujuk kepada seseorang yang takut akan pertumbuhan.
Apakah Disimpan Di Dalam Bank?
Pada musim sejuk tahun 2009, sebuah pesawat penumpang yang besar membuat pendaratan kecemasan di Sungai Hudson, New York. Juruterbangnya, Kapten Chesley Sullenberger yang mendaratkan kapal terbang itu dengan selamat tanpa kecederaan, kemudian ditanya mengenai saat-saat di udara apabila dia berhadapan dengan keputusan hidup atau mati. “Inilah pendapat saya,” katanya, “mungkin kerana selama 42 tahun saya telah membuat deposit-deposit kecil dan tetap dalam bank pengalaman, pendidikan, dan latihan. Ketika [hari itu] bakinya adalah mencukupi, maka saya boleh membuat jumlah pengeluaran yang sangat besar.”