Roti!
“Saya lapar,” kata anak perempuan saya yang berumur 8 tahun. “Minta maaf,” saya kata kepadanya, “Saya tidak ada apa-apa makanan untuk kamu sekarang. Mari kita bermain tic-tac-toe (sejenis permainan) dulu.” Kami sudah menunggu ketibaan pengantin perempuan di gereja hampir sejam untuk upacara perkahwinan yang sepatutnya dilangsungkan pada tengah hari. Semasa saya berfikir berapa lama lagi yang harus kami menunggu, saya berharap dapat mengalihkan perhatian anak perempuan saya sehingga perkahwinan itu bermula.
Melihat Dengan Jelas
Pada 11hb September 2001, Stanley Praimnath sedang bekerja di tingkat 81 dalam Menara Selatan World Trade Center apabila dia melihat sebuah kapal terbang menghempas terus ke arahnya. Stanley berdoa dengan cemas sambil bercangkung di bawah sebuah meja untuk perlindungan: “Tuhan, saya tidak dapat melakukan apa-apa! Engkau berkuasa!”
Matlamat Baharu
Evie merupakan salah satu anggota antara 25 orang remaja koir sekolah menengah pergi ke Jamaica untuk menyanyi, bersaksi dan menunjukkan kasih Tuhan kepada orang yang berasal daripada budaya dan generasi yang berbeza. Bagi Evie pula, mengikuti rombongan seperti itu adalah sangat bermakna dan penuh dengan sukacita.
10 Alasan Untuk Mempercayai Tuhan Yang Mengizinkan Penderitaan
1) Kebebasan Memilih Dapat Mengakibatkan Penderitaan.
Ibu bapa yang mengasihi anak-anak mereka ingin melindungi mereka daripada kesakitan. Tetapi ibu bapa yang bijak tahu bahayanya jika mereka memberikan perlindungan yang berlebihan. Mereka tahu bahawa kebebasan memilih adalah sifat asas kemanusiaan kita, dan dunia tanpa pilihan adalah lebih teruk daripada dunia yang tiada kesakitan. Lebih teruk lagi keadaan dunia yang diduduki oleh…
10 Alasan Untuk Mempercayai Kristus Bangkit Daripada Kematian
1. Pelaksanaan Hukuman Mati Di Khalayak Ramai Mengesahkan Kematian-Nya
Sewaktu Perayaan Paska orang Yahudi, Yesus diheret ke dewan pengadilan Roma oleh gerombolan orang ramai yang marah. Apabila Yesus berdiri di depan Pilatus, gabenor kawasan Yudea, para pemimpin agama menuduh Yesus menyebut diri-Nya sebagai raja orang Yahudi. Orang ramai meminta Dia dihukum mati. Kemudian Yesus dipukul, disebat dan dihukum mati secara terbuka.…
10 Alasan Percaya Kepada Kristus Dan Bukan Agama
Aktiviti keagamaan merangkumi segala sesuatu, ia bagaikan tangga yang membawa kita ke syurga, atau yang mengurangkan rasa bersalah bagi hati nurani seseorang. Namun, apakah agama—adakah ini mencukupi? Artikel ini memberikan 10 alasan untuk percaya bahawa agama tidak dapat memenuhi keperluan manusia yang paling mendalam. Sebaliknya, kita dibimbing untuk mengadakan perhubungan yang peribadi dengan Tuhan melalui Anak-Nya.
1. Kristus Ialah Seorang Peribadi…