Raja Canute merupakan salah seorang pemerintah terhebat di dunia pada abad ke-11. Dalam cerita yang terkenal pada masa kini, baginda dikatakan mengarahkan supaya kerusinya diletakkan di pesisiran pantai semasa arus lautan sedang naik. “Kamu adalah di bawah pemerintahan saya,” baginda berkata kepada laut. “Beta memerintah kamu supaya jangan naik ke tanah beta, membasahi baju atau tangan tuan kamu”, akan tetapi arus ombak terus naik sehingga membasahi kaki raja.

Kisah ini sentiasa memperlihatkan kesombongan Canute. Sebenarnya, ia adalah satu cerita tentang kerendahan hati. “Biarlah seluruh dunia tahu bahawa kuasa raja-raja adalah kosong.” Canute kemudian berkata, “Syurga, bumi serta lautan adalah di bawah kuasa Tuhan.” Cerita Canute memberi pengajaran ini: Hanya Tuhan yang Maha Kuasa.

Ayub juga menyedari hakikat ini. Jika berbanding dengan Dia yang mencipta dunia (Ayub 38:4-7), mendatangkan pagi dan memerintah fajar merekah (ayat 12-13), menyimpan salji, dan membimbing bintang-bintang (ayat 22, 31-33), kita adalah kecil. Hanya ada seorang Pemerintah ombak dan dia bukanlah kita (ayat 11, Matius 8:23-27).

Cerita Canute adalah baik untuk kita ingati apabila kita mula merasakan diri kita teramat bijak atau mula berasa angkuh. Cubalah jalan ke pantai dan menyuruh ombak untuk berhenti atau memerintah matahari untuk terbenam. Kita pasti akan ingat siapa sebenarnya yang teragung dan kita pun berterima kasih kepada Tuhan yang menguasai hidup kita.