“Atuk telah mengalami zaman manusia yang menaiki kereta dan kuda hingga zaman manusia yang berjalan atas bulan,” kata orang tua itu kepada cucu perempuannya, yang berkongsi cerita tersebut kepada saya. Kemudian dia termenung, “Tetapi atuk tidak pernah terfikir bahawa masa itu adalah begitu singkat.”

Hidup memang singkat, dan kebanyakan kita percaya kepada Yesus kerana kita ingin hidup selama-lamanya. Itu bukan sesuatu yang tidak baik, tetapi kita tidak memahami maksud sebenar hidup yang kekal. Kita cenderung menginginkan sesuatu yang salah. Kita amat menginginkan perkara yang lebih baik, dan kita berfikir, Alangkah baiknya—jika saya sudah habis belajar; jika saya memiliki kerjaya itu; jika saya sudah berkahwin. Alangkah baiknya jika … Suatu hari nanti kita mendengar kita menggema keluhan datuk kami sambil tertanya-tanya apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.

Kebenarannya, kita ada hidup yang kekal sekarang. Rasul Paulus menulis, “ … hukum Roh Allah yang menyebabkan kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, sudah membebaskan aku daripada hukum dosa dan kematian” (Roma 8:2). “Orang yang hidup menurut kehendak Roh Allah, fikiran mereka dikuasai oleh Roh Allah” (ayat 5). Dengan kata lain, keinginan kita berubah apabila kita datang kepada Kristus. Ini secara semula jadi juga memberi kita apa yang kita inginkan. “Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian” (ayat 6).

Ini merupakan satu pembohongan besar bahawa kita harus berada di tempat lain, melakukan perkara yang lain dengan orang lain supaya kita mendapat hidup yang kelimpahan. Apabila kita menyedari bahawa hidup kita adalah di bawah kekuasaan dan penjagaan Yesus, kita akan menukar penyesalan akan kesingkatan hidup ini kepada kenikmatan hidup bersama Dia, bagi sekarang mahupun selama-lamanya.