Month: Julai 2017

Tunduk Kepada Yesus

Mereka memanggilnya “Jejak Kaki Iblis.” Ia merupakan bekas tapak kaki pada granit di atas bukit di sebelah sebuah gereja di Ipswich, Massachusetts, Amerika Syarikat. Menurut legenda tempatan “jejak kaki” itu terjadi pada satu hari semasa musim luruh tahun 1740, apabila penginjil George Whitefield berkhutbah begitu berkuasa sehingga Iblis melompat keluar dari menara gereja, mendarat di atas batu itu lalu meninggalkan kota tersebut.

Terlepas Daripada Hukuman

Pada bulan Jun 2004, Beckie Scott, iaitu seorang pemain ski merentas desa berbangsa Kanada telah menerima pingat emas Olimpik di sebuah galeri seni Vancouver. Itu agak menarik kerana Sukan Olimpik Musim Sejuk telah diadakan pada tahun 2002 di Utah. Masa itu Scott yang memenangi pingat gangsa berada di belakang dua orang atlet yang telah hilang kelayakan beberapa bulan kemudian kerana mereka didapati menggunakan bahan yang diharamkan.

Hati yang Gembira

Lagu kegemaran Moriah, iaitu cucu perempuan saya ialah salah satu lagu perarakan gubahan John Philip Sousa. Sousa yang dikenali sebagai “Raja Perarakan,” ialah seorang komposer Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Moriah bukan ahli pancaragam berarak; dia baru berusia 20 bulan. Dia hanya suka nada lagu ini, bahkan boleh bersenandung beberapa not. Dia mengaitkannya dengan waktu gembira. Apabila keluarga kami berjumpa, kami sering bersenandung lagu ini bersama-sama dengan tepukan dan bunyi riuh, dan cucu-cucu saya akan menari atau berarak mengikut rentak itu. Waktu itu sering berakhir dengan kanak-kanak yang pening dan banyak ketawa.

Hari Rehat

Pada suatu hari Ahad, saya berdiri di tepi anak sungai yang mengalir perlahan-lahan melalui komuniti London Utara kami, serta menikmati pemandangan indah kawasan perumahan kami yang pesat. Saya berasa santai ketika melihat air melata dan mendengar kicauan burung. Saya berdoa dan bersyukur kepada Tuhan kerana Dia menolong kita mendapatkan ketenangan bagi jiwa kita.

Kebaikan Utama

Ketika saya dan kakak saya membesar di Jamaica, ibu bapa saya mengajar kami untuk menjadi “orang baik.” Di keluarga kami, baik bermakna mentaati ibu bapa, bercakap benar, berjaya dalam pendidikan dan kerjaya, dan pergi ke gereja ... sekurang-kurangnya pada hari Paska dan hari Krismas. Saya mengandaikan definisi untuk menjadi orang baik adalah fahaman yang biasa untuk ramai orang, tanpa mengira budaya. Sebenarnya dalam Filipi 3, rasul Paulus membawa maksud “menjadi orang baik” yang jauh lebih besar dengan menggunakan definisi dari segi budayanya.