Hari Krismas di Taman MacPherson
Lebih kurang ada 230 keluarga dan individu tinggal di Blok 72, Taman MacPherson di kawasan kejiranan saya. Setiap orang mempunyai kisah hidup masing-masing. Di tingkat sepuluh, ada seorang perempuan tua tinggal seorang diri kerana anak-anaknya sudah besar, berkahwin, kemudian mereka berpindah ke tempat lain. Tidak jauh dari rumahnya, sepasang suami isteri muda dan seorang anak lelaki dan anak perempuan mereka tinggal di situ. Beberapa tingkat di bawah pula tinggal seorang lelaki muda yang bertugas dalam ketenteraan. Dia pernah pergi ke gereja sebelum ini, dan mungkin akan pergi ke gereja lagi sewaktu perayaan hari Krismas nanti. Saya bertemu dengan semua orang ini pada hari Krismas yang lepas, ketika gereja kami mengadakan karol Krismas di kawasan kejiranan tersebut untuk mengkhabarkan sukacita pada musim Krismas.
Anugerah Rahmat Tuhan: SEBAB-SEBAB UNTUK MENYAMBUT
Krismas Di Ukraine
Orang di Ukraine merangkumi banyak elemen yang indah apabila mereka meraikan Krismas. Kadangkala himpunan jerami yang kecil akan diletakkan di atas meja makan sebagai peringatan tentang palung di Betlehem. Sambutan mereka juga akan menggemakan peristiwa pada malam itu apabila Penyelamat datang ke…
Menunggu
“Berapa lama lagi kami boleh menyambut hari Krismas?” Ketika anak-anak saya masih kecil, mereka menanyakan soalan ini berulang kali. Walaupun kami menggunakan kalendar harian Adven untuk mengira kedatangan hari Krismas, namun mereka masih merasakan bahawa penantian merupakan sesuatu yang tidak tertahan.
Anugerah Rahmat Tuhan: SAYA TIDAK LAGI KESEORANGAN
Imanuel
Saya berbual-bual dengan seorang sahabat yang baru berkahwin dan tidak sabar untuk menjadi ibu bapa. Dia dan isterinya merancang dan mendoakan satu bayi. Mereka sudah pun memilih nama untuk bayi mereka, meskipun isteri sahabat saya belum mengandung pun!
Pada…
Ham dan Telur
Dalam sebuah dongeng yang mengisahkan tentang ayam dan babi, kedua-dua haiwan tersebut membuat perbincangan untuk membuka sebuah restoran bersama. Sewaktu merancang menu, si ayam mencadangkan untuk menghidangkan ham dan telur. Dengan lantas si babi membantah, “Tidak mahu. Jika sedemikian, saya akan menyerahkan diri sepenuhnya di meja, tetapi kamu pula hanya akan melibatkan diri.”
Datang untuk Melayani
Baru-baru ini saya berada di barisan orang yang terakhir untuk masuk ke dalam pesawat yang tidak menetapkan tempat duduk. Saya menemukan tempat duduk di bahagian tengah yang bersebelahan dengan sayap kapal, tetapi satu-satunya tempat untuk meletakkan bagasi saya adalah di ruangan simpanan di bahagian atas yang terletak di barisan terakhir. Ini bermakna saya perlu menunggu semua penumpang keluar dari pesawat sebelum saya boleh masuk semula dan mendapatkan bagasi tersebut.