Month: Januari 2018

Putih Seperti Salji

Pada bulan Disember yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi ke kawasan pergunungan. Kami telah hidup dalam iklim tropika sepanjang hayat kami, jadi inilah kali pertama kami dapat melihat pemandangan salji yang indah dan luar biasa. Ketika kami merenungkan gambaran warna putih yang meliputi seluruh padang, suami saya memetik ayat berikut daripada kitab Yesaya, “Sekalipun dosa-dosamu seperti kain merah tua, semuanya akan menjadi putih seperti salji” (YESAYA 1:18).

Sentiasa Mampu dan Sedia

Suami saya sedang bekerja ketika saya menerima berita mengenai diagnosis penyakit kanser ibu saya. Saya meninggalkan mesej kepadanya dan menghubungi ahli-ahli keluarga serta sahabat handai. Namun tiada sesiapa pun yang dapat dihubungi. Saya pun menutup muka dengan tangan saya yang menggeletar, lalu menangis. “Tolonglah aku, ya Tuhan.” Pada saat itu, keyakinan bahawa Tuhan menyertai saya telah memberikan penghiburan pada masa saya berasa keseorangan.

Setiap Orang Berharga

Klik untuk maklumat lanjut

Betapa menakjubkan untuk melihat Tuhan menjangkau orang di seluruh Asia Pasifik. Sementara kami berusaha untuk menjadikan kebijaksanaan firman Tuhan yang boleh mengubah hidup boleh difahami dan diperoleh oleh semua orang, kami sentiasa kagum akan cara Tuhan yang menggunakan bahan kami untuk memimpin orang datang kepada Dia, bahkan selalu melalui cara yang tidak dijangkakan.

Ketika anda membaca halaman-halaman seterusnya, semoga anda…

Seperti Kanak-Kanak Kecil

Pada suatu malam beberapa tahun yang lalu, setelah berdoa bersama dengan anak perempuan kami yang berumur dua tahun, isteri saya dikejutkan oleh satu soalan. “Mama, di manakah Yesus?”

Sukacita

Dengan cepatnya saya akan menjelang “musim sejuk” hidup—yakni usia tua—tetapi saya belum mencapai peringkat hidup itu. Walaupun tahun-tahun berlalu dengan pantas dan kadang-kadang saya menginginkan segalanya boleh berlaku dengan lambat, saya masih mempunyai sukacita yang menguatkan saya. Setiap hari merupakan hari baru yang diberikan Tuhan kepada saya. Saya boleh bersyukur bersama-sama pemazmur, “Sungguh baik mengucap syukur kepada TUHAN … mengisytiharkan kasih-Mu sewaktu pagi dan kesetiaan-Mu setiap malam “! (MAZMUR 92:1-2).