Bulan: Jun 2018

Tempat Perlindungan Kita

Pekerjaan saya yang pertama adalah di sebuah restoran makanan segera. Pada suatu petang Sabtu, seorang lelaki asyik berkeliaran di restoran dan bertanya waktu saya tamat bekerja. Ini menjadikan saya tidak selesa. Waktu menjadi semakin lewat dan dia memesan kentang goreng dan minuman. Jadi pengurus restoran tidak boleh menghalaunya keluar. Walaupun saya tidak tinggal berjauhan, saya berasa takut untuk berjalan berseorangan melalui beberapa tempat meletak kenderaan yang gelap dan satu padang. Akhirnya, pada tengah malam, saya masuk ke dalam pejabat untuk membuat satu panggilan telefon.

Seperti Yang Diiklankan

Sewaktu percutian, saya dan suami telah mendaftar untuk menyertai aktiviti berkayak sepanjang Sungai Chattahoochee, Georgia. Setelah memakai sandal, gaun tidak berlengan dan topi bertepi lebar, saya mengeluh apabila kami mendapati bahawa segalanya adalah berbeza daripada apa yang diiklankan, kerana kami harus melalui beberapa jeram. Syukurlah, kumpulan kami termasuklah satu pasangan yang berpengalaman dalam kayak arus deras. Mereka mengajar suami saya asas berkayak dan berjanji untuk memimpin kami ke destinasi dengan selamat. Saya bersyukur kerana kami memakai jaket keselamatan, namun saya berteriak dan berpegang pada pemegang plastik pada kayak sehingga kami tiba di tepi sungai yang berlumpur. Saya melangkah keluar dan membuang air daripada dompet sementara suami saya membantu untuk mengeringkan baju saya. Kami tertawa, walaupun pengalaman itu tidak seperti yang diiklankan.

“Anda Dikasihi!”

“Anda dikasihi!”

Mendiamkan Pengkritik

Saya bekerjasama dengan satu pasukan untuk menganjurkan satu acara komuniti tahunan. Kami menghabiskan sebelas bulan dalam perancangan untuk memastikan acara berlangsung dengan berjaya. Kami memilih tarikh dan tempat. Kami menetapkan harga tiket. Kami memilih segalanya daripada penjual makanan kepada juruteknik bunyi. Semasa acara tersebut menjelang, kami menjawab soalan umum dan memberi arahan. Selepas itu, kami mengumpulkan maklum balas. Ada yang baik. Ada yang buruk. Pasukan kami mendengar balasan yang gembira daripada pengunjung dan aduan. Maklum balas yang negatif boleh menyebabkan kami berasa kecewa dan mahu berputus asa.

Kasih yang Rendah Diri

Sewaktu Benjamin Franklin masih seorang pemuda, dia menyenaraikan dua belas nilai murni yang dia ingin bertumbuh sepanjang hidupnya. Dia menunjukkannya kepada seorang kawan, yang mencadangkan dia menambahkan “kerendahan diri” kepada senarai tersebut. Franklin menyukai cadangan tersebut. Kemudian dia juga menambahkan beberapa panduan untuk membantu dia mencapai setiap nilai murni yang tersenarai. Antara fikiran Franklin tentang kerendahan diri, dia menganggap Yesus sebagai seorang yang patut dicontohi.