Month: Julai 2018

Dunia Yang Sempurna

Katie diberi tugasan sekolah untuk menulis esei berjudul “Duniaku Yang Sempurna”. Dia menulis: “Di duniaku yang sempurna ... aiskrim adalah percuma, lolipop ada di mana-mana, dan langit biru sepanjang masa, dengan hanya beberapa awan yang mempunyai bentuk yang menarik.” Kemudian eseinya mengambil nada yang lebih serius. Di dunia itu, dia meneruskan, “Tiada sesiapa akan menerima berita buruk di rumah. Tiada sesiapa pun akan menyampaikannya.”

Saya Nampak Kamu

Semasa Xavier berumur dua tahun, dia meluru ke satu lorong selepas satu lorong di sebuah kedai kasut kecil. Semasa bersembunyi di belakang himpunan kotak kasut, dia tertawa kecil apabila suami saya, Alan, berkata, “Saya nampak kamu”.

Hidup Beriman

Semasa bermalam di sebuah hotel di Austin, Texas, saya ternampak sekeping kad di atas meja di bilik saya. Kad itu tertulis:

Apa Rupa Tuhan?

Untuk meraikan suatu perayaan yang istimewa, suami saya membawa saya ke galeri seni tempatan dan mengatakan bahawa saya boleh memilih sebuah lukisan sebagai hadiah. Saya memilih sebuah gambar kecil anak sungai yang mengalir melalui hutan. Alur sungai meliputi sebahagian besar kanvas, dan sebab itu, sebahagian besar langit pula tersingkir daripada gambar itu. Walau bagaimanapun, pantulan anak sungai menunjukkan lokasi matahari, pokok-pokok, dan suasana yang berkabus. Satu-satunya cara untuk “melihat” langit adalah dengan melihat permukaan air.