Saya masih berbaring di atas tikar vinil dan menahan pernafasan mengikut arahan, sementara deru dan bunyi klik mesin kedengaran. Saya tahu bahawa ramai rakan saya sudah menjalani MRI, tetapi apa yang membuatkan saya takut untuk berada di tempat terkurung adalah, pengalaman itu memerlukan perhatian yang berfokus kepada sesuatu—Seseorang—yang lebih besar daripada saya.

Satu frasa Alkitab terlintas dalam fikiran saya—“betapa luas dan panjangnya serta betapa tinggi dan dalamnya kasih Kristus” (Efesus 3:18)—bergema dalam ritma dengan deru mesin itu. Dalam doa Paulus bagi jemaah di Efesus, dia menerangkan empat dimensi tentang kasih Tuhan dalam menyatakan parameter kasih dan hadirat-Nya yang tidak berkesudahan.

Kedudukan saya yang berbaring untuk proses MRI itu telah memberikan satu gambaran baru bagi pemahaman saya. Luas: kedudukan tangan saya melekat pada tubuh saya dalam sebuah tiub yang ada ruangan 15 cm di kedua-dua sisi. Panjang: Jarak di antara kedua-dua penutup silinder adalah melebihi kepala dan kaki saya. Tinggi: ketinggiannya adalah 15 cm dari hidung saya ke “siling” tiub itu. Dalam: Penyokong tiub itu menyokong badan saya dari lantai. Empat dimensi tersebut memberikan ilustrasi tentang hadirat Tuhan yang mengelilingi dan menyokong saya di dalam tiub MRI—dan setiap situasi kehidupan.

Kasih Tuhan mengelilingi kita. Luas: Dia menjangkau semua orang di mana pun mereka berada dengan tangan-Nya. Panjang: Kasih-Nya tidak berkesudahan. Tinggi: Dia mengangkat kita. Dalam: Dia turun, menyokong kita dalam setiap situasi. Tiada yang dapat memisahkan kita daripada-Nya! (Roma 8:38-39).