Anak perempuan saya sudah bersedia untuk pergi ke sekolah lebih awal daripada sebelumnya, oleh itu dia meminta untuk singgah di kedai kopi sewaktu dalam perjalanan nanti. Saya setuju. Sewaktu kami menghampiri lorong pandu-lalu, saya berkata, “Adakah anda hendak menyebarkan sukacita pada pagi ini?” Dia menjawab, “Ya!”

Kami membuat pesanan, kemudian menurunkan cermin tingkap kereta untuk membayar harga minuman kepada pekerja barista tersebut. Lalu saya berkata, “Kami juga mahu membayar pesanan untuk wanita muda yang berada di belakang kami.” Anak perempuan saya tersenyum lebar.

Pada zaman sekarang ketika kebendaan diagungkan, secawan kopi mungkin bukanlah perkara yang hebat. Atau mungkin juga satu perkara yang istimewa? Adakah mungkin hal ini merupakan satu cara yang kita boleh melakukan kehendak Yesus dengan mengambil berat tentang orang lain yang disebut-Nya sebagai “salah seorang daripada saudara-Ku”? (Matius 25:40). Ini cadangan saya: Kenapa tidak terus mengambil berat tentang orang yang di belakang barisan atau di sebelah kita? Kemudian “melakukan perkara itu”—mungkin ia berupa secawan kopi, ataupun sesuatu yang lebih daripada itu, atau kurang. Akan tetapi apabila Yesus berkata “melakukan perkara itu” (ayat 40), ia memberikan kita kebebasan penuh untuk melayani-Nya ketika kita melayani orang lain.

Sewaktu kami beredar, kami dapat melihat wajah wanita muda di belakang kami serta pekerja barista itu ketika memberikan kopi kepadanya. Kedua-dua mereka tersenyum lebar.