Month: Jun 2019

Menjatuhkan Pin

Saya tertarik apabila saya melihat tatu mengenai sebiji bola boling menjatuhkan pin-pin di buku lali kawan saya, Erin. Erin terdorong untuk mendapatkan tatu yang unik ini selepas mendengar lagu Sara Groves, “Mengaturkan Pin.” (Setting Up the Pins). Lirik lagu ini dengan bijak mendorong para pendengar mencari sukacita dalam tugas yang berulangan dan rutin yang kadangkala dirasai tidak bererti, seperti mengaturkan pin boling berkali-kali, tetapi dijatuhkan oleh seseorang kemudian.

Jangan Terlepas Peluang

“Jangan sesekali pun terlepas peluang untuk menunjukkan bulan itu kepada anak-anakmu!” katanya. Sebelum perjumpaan doa mingguan kami bermula, kami berbual-bual tentang bulan penuh pada malam sebelumnya. Bulan itu sungguh mempesonakan, kerana ia seolah-olah berada di kaki langit. Puan Webb merupakan seorang wanita tua dalam kelompok kami, dia beruban dan menyukai ciptaan Tuhan yang hebat. Dia tahu bahawa saya dan isteri saya mempunyai dua orang anak di rumah kami pada masa itu, dan dia mahu membantu saya melatih mereka supaya menghayati ciptaan Tuhan. Jangan sesekali pun terlepas peluang untuk menunjukkan bulan itu kepada anak-anakmu!

Mekar di Padang Pasir

Gurun Mojave merangkumi bukit-bukit pasir, kanyon-kanyon kering, dataran tinggi lelasan, dan gunung-gunung seperti kebanyakan padang pasir. Tetapi ahli biologi Amerika Edmund Jaeger memerhati bahawa dalam setiap beberapa tahun, hujan yang berlimpah-limpah akan mengakibatkan “satu kemekaran yang begitu banyak sehingga hampir setiap bahagian pasir atau tanah kerikil dilitupi bunga-bunga.” Namun, pertunjukan bunga liar di Mojave ini bukan satu fenomena tahunan. Para penyelidik mengesahkan bahawa tanah kering tersebut memerlukan air hujan yang banyak dan cahaya matahari yang mencukupi, hanya pada masa yang tepat, dengan ini bunga-bunga mekar akan melitupi padang pasir dengan warna-warna yang cerah.

Mencari Harta Karun

John dan Mary sedang bersiar-siar dengan anjing mereka di sekeliling rumah mereka apabila mereka terpijak sebuah tin berkarat yang sebahagiannya tertimbul semasa hujan baru-baru ini. Mereka membawa tin itu balik ke rumah dan membukanya. Mereka menemukan satu simpanan syiling emas yang melebihi satu abad lamanya! Pasangan itu kembali ke tempat itu dan menjumpai tujuh lagi tin yang mengandungi 1,427 keping syiling kesemuanya. Kemudian mereka melindungi harta tersembunyi mereka dengan menanamkannya di tempat lain.

Bolehkah Kita Berehat?

Darnell menjumpa ahli terapi fizikal dengan menjangka dia akan mengalami banyak kesakitan. Ahli terapi itu membentangkan dan melengkung lengannya, kemudian memegang tangannya dalam kedudukan yang tidak pernah dilakukan selama beberapa bulan sejak kecederaannya. Selepas mengurut setiap bahagian badan yang tidak selesa untuk beberapa saat, dia dengan lembut memberitahunya: “Baiklah, anda boleh berehat.” Darnell berkata kemudian, “Saya fikir saya telah mendengar itu sekurang-kurangnya lima puluh kali dalam setiap sesi terapi: ‘Baiklah, anda boleh berehat.’”