Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi nyata? Inilah pertanyaan terbesar yang dijawab dalam buku kanak-kanak yang berjudul, The Velveteen Rabbit. Buku ini merupakan sebuah cerita tentang barang-barang mainan di sebuah taska, dan proses seekor patung arnab menjadi arnab hidup kerana kasih seorang kanak-kanak. Salah satu barang mainan itu ialah patung kuda yang tua dan bijak. Dia “sudah melihat banyak mainan mekanik yang beransur-ansur tiba bercakap besar serta berlagak sombong, kemudian menjadi rosak … akhirnya dibuang.” Barang-barang mainan ini kelihatan dan kedengaran hebat, tetapi semua cakap besar itu tidak boleh dibandingkan dengan kasih yang diterima.

Omong-omong besar pada awalnya kelihatan agung, tetapi juga melenyap akhirnya. Yeremia menyenaraikan tiga bahagian yang membuktikan kenyataan ini: “kebijaksanaan … kekuatan … kekayaan” (Yeremia 9:23). Nabi tua yang berhikmah dan banyak berpengalaman ini membalas cakap besar sedemikian dengan kebenaran Tuhan: “Jika sesiapa hendak berbangga, dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku, dan bahawa Akulah TUHAN” (Yeremia 9:24).

Marilah kita sebagai anak-anak-Nya berbangga kerana Tuhan, Bapa kita yang baik. Dalam cerita tentang kasih-Nya yang tersingkap, inilah cara yang terbaik untuk kita bertumbuh sehingga menjadi semakin benar.