“Anda mesti relaks,” doktor memberi arahan dengan tegas sambil berusaha untuk merawat kecederaan Wilbur, seekor burung albatros, pesakit yang degil dalam siri Disney, The Rescuers Down Under. “Relaks? Aku memang relaks!” balas Wilbur yang jelas tidak tenang dan penuh sindiran, ketika perasaan paniknya semakin meningkat. “Kalau aku menjadi lebih relaks, aku sudah mati!”

Pernahkah anda berada dalam situasi demikian? Jika anda melihat cara doktor tersebut yang meragukan semasa merawat Wilbur, (seperti menggunakan gergaji rantai untuk membedah pesakit), memang patut Wilbur berasa risau. Tetapi adegan itu kedengaran lucu kerana ia menggambarkan perasaan kita apabila kita berasa panik—sama ada apa yang kita hadapi itu benar-benar mengugut nyawa kita atau tidak.

Apabila kita berasa takut, pujukan untuk bertenang adalah tidak masuk akal. Saya mengetahuinya kerana apabila saya berasa bahawa bencana kehidupan mengepung saya, dan “maut mengepung aku (Mazmur 116:3), setiap naluri saya terasa ingin menentang perasaan ini, bukannya bertenang.

Bagaimanapun … biasanya, cubaan saya untuk menentang perasaan takut dan cemas hanya akan meningkatkan kerisauan, serta melumpuhkan semangat saya. Namun, apabila saya dengan berat hati mengakui keperitan perasaan itu dan berseru kepada Tuhan (ayat 4), sesuatu yang luar biasa berlaku. Kengerian berkurangan (ayat 7), dan kedamaian yang di luar pemahaman saya mengalir dalam diri saya.

Apabila hadirat Roh Kudus yang menghiburkan melindungi saya, saya memahami sedikit demi sedikit tentang inti Injil: kita boleh berjuang dengan lebih berkesan apabila kita merendahkan diri ke bawah tangan Tuhan yang berkuasa (1 Petrus 5:6-7).