Pernahkan anda dengar tentang ungkapan, “Jangan pedulikan orang yang bercakap troll”? Troll merujuk kepada masalah yang baru timbul di dunia digital hari ini—para pengguna dalam talian berulang kali sengaja menyiarkan komen-komen yang buruk dan menyakitkan dalam berita atau forum perbincangan di media sosial. Namun dengan tidak mengendahkan komen sedemikian—jangan pedulikan troll—membuatkan mereka lebih sukar untuk menjejaskan sesuatu perbualan.

Sudah tentunya, orang yang tidak benar-benar berminat dalam perbualan yang produktif adalah perkara biasa. “Jangan pedulikan troll” boleh dianggap sebagai ajaran moden dalam Amsal 26:4, yang memberi amaran bahawa “orang yang menjawab pertanyaan yang bukan-bukan, menjadi sebodoh orang yang bertanya.”

Tetapi … malahan orang yang nampaknya paling degil juga membayangkan gambaran Tuhan yang tidak terhingga nilainya. Jika kita cepat marah, mungkin kita telah menjadi orang yang sombong dan tidak mendapat belas kasihan Tuhan (Matius 5:22).

Mungkin inilah menjelaskan sebahagian sebab Amsal 26:5 menawarkan panduan yang bertentangan. Untuk mendapatkan cara terbaik untuk menunjukkan kasih kepada orang lain dalam keadaan yang berlainan memerlukan seseorang bersikap rendah hati, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berserah sepenuhnya kepada Tuhan (lihat Kolose 4:5-6). Ada kalanya kita bersuara; kadangkala adalah lebih baik untuk berdiam diri sahaja.

Semoga kita mendapat ketenangan apabila kita mengetahui bahawa Tuhan yang mendekati kita walaupun kita masih kuat menentang-Nya (Roma 5:6) juga sedang bekerja dengan amat berkuasa dalam hati setiap orang.