Month: September 2019

Lebih Daripada Sekadar Air

Salah satu kenangan tentang gereja pada zaman kanak-kanak saya ialah seorang pastor berjalan menuju para jemaah, mencabar kami “ingatlah air baptisan kami”. Mengingat air itu? Saya bertanya kepada diri sendiri. Bagaimanakah saya boleh mengingat air tersebut? Kemudian pastor itu terus menyimbah setiap orang dengan air, membuat saya berasa gembira dan bingung pada masa yang sama sebagai seorang kanak-kanak kecil.

Jangan Pedulikan Troll

Pernahkan anda dengar tentang ungkapan, “Jangan pedulikan orang yang bercakap troll”? Troll merujuk kepada masalah yang baru timbul di dunia digital hari ini—para pengguna dalam talian berulang kali sengaja menyiarkan komen-komen yang buruk dan menyakitkan dalam berita atau forum perbincangan di media sosial. Namun dengan tidak mengendahkan komen sedemikian—jangan pedulikan troll—membuatkan mereka lebih sukar untuk menjejaskan sesuatu perbualan.

Kesatuan

Pada tahun 1722, sekumpulan kecil orang Kristian Moravia yang tinggal di tempat yang dikenali sebagai Republik Czech sekarang, mendapat perlindungan daripada penganiayaan di sebuah estet kepunyaan seorang bangsawan Jerman yang murah hati. Dalam masa 4 tahun, terdapat lebih daripada 300 orang telah datang ke tempat tersebut. Namun tempat itu menjadi penuh dengan perbalahan, bukannya sebuah komuniti yang ideal bagi pelarian-pelarian yang dianiayai. Perspektif Kekristianan yang berbeza-beza telah mencetuskan perpecahan di kalangan mereka. Seterusnya apa yang dilakukan oleh mereka mungkin satu pilihan yang kecil, tetapi tindakan ini telah melancarkan satu kebangkitan rohani yang hebat: Mereka mula menumpukan perhatian kepada apa yang disetujui mereka, bukan yang sebaliknya. Hasilnya, mereka mencapai kesatuan.

Apa Pun Harganya

Filem Paul, Apostle of Christ (Paulus, Rasul Kristus), mengambil sudut pandangan yang cekal terhadap penganiayaan pada zaman gereja awal. Malahan watak-watak yang kecil memperlihatkan betapa bahayanya mengikut Yesus. Renungkan peranan-peranan ini dalam senarai kredit penutup filem: Wanita yang didera; Lelaki yang didera; Mangsa Orang Kristian 1, 2, dan 3.

Apa Jua yang Kita Lakukan

Dalam bukunya Surprised by Joy, C. S. Lewis mengakui sewaktu dia menjadi seorang Kristian pada umur 33 tahun, dia pernah “menendang, bergelut, berasa geram dan melihat ke mana-mana, bermati-matian mencari setiap peluang untuk melepaskan diri daripada Tuhan.” Walaupun dia sendiri menentang, malah harus menghadapi kekurangan dan halangannya, Tuhan mengubah dia menjadi pembela iman yang berani dan kreatif. Lewis mengisytiharkan kasih dan kebenaran Tuhan melalui penulisan sejumlah esei dan novel yang sangat berkuasa, yang kini masih dibaca, dikaji dan dikongsi lebih daripada 55 tahun selepas dia meninggal dunia. Kehidupannya mencerminkan kepercayaannya bahawa seseorang “tidak pernah terlalu tua untuk menetapkan azam lain atau mengimpikan suatu impian baru.”