Month: September 2019

Garisan Biru

Balapan lumba ski menuruni bukit sering ditandai dengan jalur cat biru yang disemburkan merentangi permukaan salji yang putih. Lekuk-lekukan mungkin akan menjadi gangguan visual bagi para penonton, tetapi garis-garis ini terbukti penting bagi kejayaan dan keselamatan para pelumba. Cat itu berfungsi sebagai panduan bagi pelumba untuk melihat garisan yang paling laju untuk pergi ke bawah bukit. Tambahan pula, warna cat yang bertentangan dengan warna salji menawarkan persepsi yang dalam kepada para pelumba, serta amat penting sekali untuk keselamatan mereka apabila meluncur pada kelajuan yang begitu tinggi.

Berjalan Mundur

Saya terjumpa sebahagian gulungan filem daripada sebuah pekerja filem berita British. Filem itu telah menangkapkan gambaran Flannery O’Connor yang berumur 6 tahun di ladang keluarganya pada tahun 1932. Flannery, yang kemudian menjadi penulis Amerika Syarikat yang terkenal, telah membuatkan pasukan filem tersebut tertanya-tanya kerana dia telah mengajar seekor ayam berjalan mundur. Selain aksi yang luar biasa itu, saya berpendapat bahawa sejarah yang ringkas ini merupakan metafora yang sempurna. Disebabkan pengetahuan kesusasteraan dan kepercayaannya, Flannery jelas sekali telah menghabiskan masa selama 39 tahun berjalan “ke belakang”, ini kerana dia berfikir dan menulis dengan cara yang bertentangan dengan arus budaya pada zamannya. Para penerbit dan pembaca amat bingung akan tema-tema dalam karya penulisannya yang berdasarkan Alkitab yang sering bertentangan dengan pandangan agama yang diharapkan mereka.

Saya Sudi

Shirley merebahkan dirinya ke kerusi malas selepas bekerja seharian. Dia melihat ke luar tingkap dan mendapati sepasang suami isteri yang lebih tua sedang berusaha memindahkan satu bahagian pagar lama yang tertinggal di halaman, dan dilabelkan “percuma.” Dengan segera Shirly menarik tangan suaminya, dan mereka keluar untuk membantu. Keempat-empat mereka berusaha sekuat tenaga untuk mengangkat pagar itu dan meletakkannya ke atas troli serta menolaknya sepanjang jalan yang sibuk sehingga tiba di rumah pasangan itu—dengan tertawa kerana mereka pasti telah menjadi tontonan orang di sekitar mereka. Apabila mereka kembali untuk mengambil bahagian pagar yang kedua, wanita itu bertanya kepada Shirley, “Sudikah kamu jadi kawan saya?” “Ya, saya sudi” jawabnya. Kemudian Shirley mendapat tahu bahawa kawan barunya yang berbangsa Vietnam itu hanya dapat bertutur sedikit bahasa Inggeris dan berasa keseorangan kerana anak-anaknya yang sudah besar telah berpindah ke tempat jauh.

Kesudahan Kita

Namanya ialah Saralyn, dan saya meminati dia sewaktu di bangku sekolah. Dia memiliki gelak ketawa yang sangat menyenangkan. Saya tidak pasti jika dia sedar secara diam-diam bahawa saya meminati dia, tetapi saya mengesyaki bahawa dia tahu. Selepas tamat sekolah, saya kehilangan beritanya. Kami pun menjalani haluan hidup masing-masing.

Cahaya Pembimbing

Restoran itu cantik tetapi gelap. Hanya sebatang cahaya lilin meliuk-liuk di atas setiap meja. Untuk mendapatkan cahaya, para pelanggan harus membuka lampu pada telefon pintar mereka untuk membaca menu, melihat teman semeja, malahan untuk melihat makanan yang sedang dimakan.