Month: September 2020

Bersuara!

“Dialah orangnya! Dialah orangnya!” kata Brittany kepada rakan sekerjanya di restoran. Dia merujuk kepada Melvin, orang pertama yang memperkenalkan Yesus kepadanya sewaktu dia masih seorang pelacur. Sewaktu membersihkan halaman gereja, Roh Kudus mendorong Melvin bercakap dengan Brittany dan menjemputnya ke gereja. Brittany menjawab, “Adakah kamu tahu pekerjaan saya? Mereka pasti tidak mahu saya di gereja.” Ketika Melvin memberitahunya tentang kasih Yesus dan meyakinkannya tentang kuasa Yesus yang boleh mengubah hidupnya, dia mula menangis. Sekarang, beberapa minggu kemudian, Brittany bekerja di tempat baru sebagai saksi bagi kuasa Yesus yang mengubah kehidupan.

Ketakutan yang Tidak Rasional  

Setelah ibu bapa saya meninggal, saya takut mereka akan melupakan saya. Ini kedengaran tidak masuk akal. Sudah tentu mereka tidak lagi berada di bumi, tetapi keadaan itu meninggalkan ketidakpastian yang besar dalam hati saya. Pada masa itu saya masih muda, belum berkahwin dan tertanya-tanya bagaimana menjalani kehidupan tanpa mereka. Oleh sebab saya berasa sangat sunyi dan sendirian, saya mencari Tuhan. 

Galeri Berbisik

Di kubah katedral St. Paul di London yang berdiri megah, pengunjung boleh menaiki 259 anak tangga ke “Galeri Berbisik”. Di situ anda boleh berbisik dan boleh didengar oleh orang lain di sepanjang jalan pekeliling, bahkan di seberang jurang besar yang terletak hampir sejauh 30 meter. Jurutera menerangkan fenomena yang unik ini adalah hasil daripada kubah yang berbentuk sfera dan gelombang bunyi bisikan berintensiti rendah. 

Bersama Menanggung Penderitaan

Pada tahun 2013, James McConnell, seorang veteran Marin Diraja British yang berusia 70 tahun telah meninggal dunia. McConnell tidak mempunyai keluarga, dan kakitangan di rumah jagaannya bimbang tiada sesiapa akan menghadiri majlis pengebumiannya. Seorang lelaki yang ditugaskan untuk upacara memperingati McConnell menyiarkan mesej di Facebook yang berbunyi, “Pada zaman sekarang ini, cukup tragis bahawa sesiapa yang meninggalkan dunia ini tanpa orang meratapi pemergian mereka, tetapi James ialah keluarga kita. ... kehadiran anda amat dihargai jika anda dapat memberi penghormatan kepada bekas tentera ini.” Seramai 200 Marin Diraja memenuhi bangku gereja!