Bilik itu malap dan senyap ketika saya menarik kerusi di tepi katil Jacquie. Kawan saya ialah seorang yang bersemangat sebelum pertarungannya dengan kanser selama 3 tahun. Saya masih boleh mengingati tawanya—mata yang bersinar ceria dan wajahnya berseri-seri. Kini dia hanya berbaring diam apabila saya melawatnya di pusat jagaan khas.

Oleh sebab saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan, saya memutuskan untuk membaca petikan Alkitab untuknya. Saya mengambil Alkitab daripada beg saya dan mula membaca 1 Korintus.

Selepas lawatan itu, hati saya penuh kehibaan. Saya pun mengambil masa yang lama untuk mendiamkan diri di dalam kereta. Fikiran ini membuat saya menghentikan air mata: Kamu akan berjumpanya lagi. Kerana terperangkap dalam kesedihan, saya telah lupa bahawa kematian hanyalah sementara untuk orang percaya (1 Korintus 15:21–22). Saya tahu saya akan berjumpa dengan Jacquie lagi kerana kami berdua telah percaya bahawa kematian dan kebangkitan Yesus telah mengampuni dosa kita (ayat 3–4). Apabila Yesus bangkit selepas penyaliban-Nya, kematian tidak berkuasa lagi untuk memisahkan orang percaya daripada satu sama lain dan Tuhan. Selepas kita meninggal, kita akan hidup semula di syurga dengan Tuhan dan semua saudara rohani kita—selama-lamanya.

Kerana Yesus masih hidup pada hari ini, orang yang percaya kepada-Nya mempunyai harapan pada masa kesedihan dan kehilangan orang tersayang. Kematian telah dilenyapkan melalui kemenangan salib (ayat 54).