Pada awal abad ke-20, dikisahkan akhbar The London Times sering mengajukan satu soalan kepada para pembacanya. Apakah masalah dunia ini?

Inilah soalan yang baik, bukan? Seseorang mungkin menjawab dengan cepat, “Jadi, berapa jumlah masa kamu beri saya untuk beritahu kamu?” Itulah kenyataannya kerana dunia kita ada terlalu banyak masalah. Selanjutnya, The Times menerima banyak respons dan salah satunya adalah ringkas lagi bijak. Penulis, penyair dan ahli falsafah berbangsa Inggeris yang bernama G. K. Chesterton memberikan jawapan yang agak luar biasa, “Sebenarnya, sayalah masalahnya.”

Kita tidak pasti sama ada cerita itu fakta atau tidak, tetapi jawapan Chesterton adalah benar. Lama sebelum Chesterton muncul, rasul Paulus yang mengakui dirinya bukan teladan yang baik pernah menyatakan kelemahan masa silam: “meskipun dahulu aku mengkufuri, menganiaya dan menghina Dia. Tetapi Allah mengasihani aku, kerana pada waktu itu aku tidak percaya kepada Kristus, sehingga aku tidak tahu apa yang aku lakukan” (ayat 13). Setelah menyatakan bahawa Yesus menyelamatkan “orang berdosa”, Paulus membuat penyataan seperti Chesterton: “Akulah yang paling jahat” (ayat 15). Paulus tahu masalah dunia ini. Dia juga tahu hanya ada satu harapan untuk menjadikan segala-galanya betul—”rahmat-Nya” (ayat 14). Inilah realiti yang menakjubkan! Kebenaran yang kekal ini menujukan pandangan kita kepada cahaya penyelamatan Kristus yang penuh kasih.