Month: November 2020

Hati yang Rela Memberi

Vicki mula mengumpul wang dan merancang untuk membeli kenderaan baru kerana kereta lamanya tidak dapat diperbaiki lagi. Chris, seorang pelanggan yang sering mengunjungi kaunter pandu lalu di restoran tempat Vicki bekerja, terdengar tentang keperluan Vicki dan ingin membantunya. Chris berkata. “Aku tidak dapat berhenti memikirkannya, aku perlu melakukan sesuatu.” Oleh itu, dia membeli kereta terpakai anak lelakinya (anaknya baru sahaja mahu menjualnya) dan menggilap kereta itu lalu menyerahkan kunci kepada Vicki. Vicki terkejut. “Siapa ... yang melakukan ini?” katanya penuh kekaguman dan kesyukuran.

Saluran Kedamaian

Ketika Perang Dunia I meletus pada tahun 1914, seorang negarawan berbangsa British, Tuan Edward Grey mengisytiharkan, “Semua lampu akan terpadam di seluruh Eropah, kita tidak akan dapat melihatnya lagi sepanjang hidup kita.” Kata-katanya benar. Apabila “peperangan untuk menamatkan semua peperangan” berakhir, lebih kurang 20 juta orang terbunuh (10 juta orang awam) dan 21 juta lagi tercedera.

Berpaling daripada Konflik 

Ketika memberikan penghormatan terakhir di majlis pengebumian Hendrik A. Lorentz, seorang saintis berbangsa Belanda, Albert Einstein tidak sedikit pun menyebut pertikaian saintifik mereka. Sebaliknya dia mengenang “kebaikan Lorentz yang berterusan”. Lorentz seorang ahli fizik yang disanjungi kerana sikapnya yang bersahaja dan dia memperlakukan semua orang dengan adil. “Semua orang senang mengikutnya kerana mereka berasa bahawa dia tidak pernah ingin mengawal orang, melainkan selalu mahu menolong orang” kata Einstein.

Tindakan yang Berani

John Harper tidak tahu apa yang bakal terjadi ketika dia dan anak perempuannya yang berumur 6 tahun menaiki kapal Titanic. Tetapi satu hal yang dia tahu: dia mengasihi Yesus dan dia sangat menginginkan orang lain juga mengenal-Nya. Sejurus selepas kapal itu melanggar aisberg dan air mula memasukinya, Harper, seorang duda meletakkan anaknya ke dalam bot keselamatan dan bergegas untuk menyelamatkan seramai orang yang mungkin. Ketika mengagihkan jaket keselamatan, dia berteriak, “Biar wanita, kanak-kanak dan yang belum percaya kepada Yesus masuk ke dalam bot keselamatan.” Harper berkongsi tentang Yesus kepada sesiapa sahaja di sekelilingnya sehingga nafas terakhirnya. Dia rela mengorbankan nyawanya demi orang lain. 

Keyakinan yang Salah 

Keyakinan yang Salah 

Beberapa tahun yang lalu, doktor memberikan nasihat tegas tentang kesihatan saya. Saya menerima nasihatnya dengan serius dan mula bersenam di gim serta menjaga pemakanan. Dengan usaha itu, keadaan kolesterol dan berat badan saya menurun, serta keyakinan diri saya meningkat. Tetapi selepas beberapa waktu, saya mula memerhatikan cara pemakanan orang lain dan menghakimi mereka. Ini agak kelakar apabila kita memiliki sistem pemarkahan yang memberi kita nilai yang baik, maka kita pun menggunakannya untuk mengangkat diri kita dan memandang rendah orang lain. Manusia cenderung bergantung pada piawaian buatan sendiri dalam usaha untuk membenarkan diri, iaitu sistem pembenaran diri dan pengurusan rasa bersalah.