Saya tinggal di Colorado, negeri yang terkenal dengan Pergunungan Rocky dan salji tebal di barat Amerika Syarikat. Namun bencana alam yang paling buruk tiada kaitan dengan salji, melainkan banjir di ngarai Big Thompson yang berlaku di sekitar pusat peranginan bandar Estes Park pada 31 Julai 1976. Ia mengakibatkan 144 kematian, tidak termasuk ternakan. Ekoran daripada peristiwa itu, kajian-kajian penting telah dibuat di kawasan itu, terutamanya struktur asas jalan raya dan lebuh raya. Hasilnya, dinding konkrit di jalan raya dapat menahan ribut itu disebabkan oleh struktur asas yang kukuh..

Dalam kehidupan kita, persoalannya bukan jika banjir akan melanda, tetapi bila. Kadangkala kita tidak mendapat amaran awal tentang hal ini. Yesus menegaskan bahawa asas yang kuat untuk masa-masa seperti itu bukan hanya dengan mendengar firman-Nya, tetapi juga dengan melakukannya (Lukas 6:47). Amalan tersebut adalah seperti menuangkan konkrit ke dalam kehidupan kita. Apabila banjir melanda, kita dapat menahannya kerana kita sudah “dibina dengan teguh” (ayat 48). Tanpa latihan iman, hidup kita terdedah kepada kehancuran (ayat 49). Itulah perbezaan antara menjadi orang yang bijak dan bodoh.

Marilah kita menilai asas iman kita. Yesus menolong kita berdiri teguh dalam kuasa-Nya ketika banjir kehidupan melanda.