Beberapa tahun yang lalu, seekor burung belatuk mula mematuk tepi rumah kami. Kami fikir masalah itu hanya terletak di bahagian luaran. Tetapi pada suatu hari, ketika saya dan anak saya sedang menaiki tangga menuju ke loteng, seekor burung belatuk tiba-tiba terbang melewati wajah kami yang terkejut. Ternyata masalah itu adalah lebih teruk daripada sangkaan kami, burung itu ada di dalam rumah kami.
Semasa Yesus tiba di Yerusalem, orang ramai berharap Dia dapat mengatasi masalah luaran yang berlaku ke atas mereka, iaitu penindasan daripada bangsa Roma. Mereka berteriak, “Pujilah Anak Daud! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Pujilah Allah!” (Matius 21:9). Inilah saat yang dinantikan mereka; Raja yang dilantik Tuhan telah datang. Sekiranya Penyelamat yang dipilih Tuhan mula melakukan pembaharuan, tidakkah Dia akan bermula dengan semua masalah luaran? Tetapi dalam kebanyakan kisah Injil, selepas Yesus “memasuki pintu gerbang dengan kemuliaan”, Dia mengusir semua penukar wang dan penjual yang eksploitasi … dari Rumah Tuhan (ayat 12–13). Dia sedang menyucikan Rumah TUHAN dari dalam hingga ke bahagian luar.
Itulah yang berlaku apabila kita menyambut Yesus sebagai Raja; Dia datang untuk membetulkan sesuatu, dan Dia bermula dengan kita. Dia menggesa kita membasmi kejahatan dalaman kita. Yesus menunggang seekor keldai seperti seorang pahlawan. Apa yang dikehendaki oleh Yesus Raja adalah penyerahan kita yang sepenuhnya.
ILHAM
Tidak menghairankannya jika orang Yahudi menginginkan seorang penyelamat politik. Nabi-nabi Perjanjian Lama secara berulang kali meramalkan satu kebebasan tentera daripada musuh-musuh yang menindas. Pentingnya, Matius 21:5 memetik nubuat Zakharia 9:9 dan memberitahu kita bahawa ini merujuk kepada Yesus. Zakharia menyebut seorang Raja yang datang dengan “kemegahan dan kemenangan” akan datang dengan “mengenderai anak keldai yang muda” (Zakharia 9:9), seperti yang dilakukan Yesus. Tetapi apakah kemenangan yang diharapkan oleh bangsa itu? Konteks seluruh fasal Zakharia 9 adalah mengenai penaklukan dan pembebasan dari segi ketenteraan.Seperti banyak nubuat tentang Mesias, hanya sebahagian tentang nubuat ini digenapi, bahkan ia bukan apa yang diharapkan bangsa itu. Mereka tidak pernah berfikir bahawa penyaliban Mesias sebagai sebahagian rancangan Tuhan. Yesus akan mengenapi nubuat-nubuat seterusnya tentang Mesias apabila Dia kembali untuk kita, seperti yang dijanjikan-Nya.