Beberapa tahun yang lalu, seekor burung belatuk mula mematuk tepi rumah kami. Kami fikir masalah itu hanya terletak di bahagian luaran. Tetapi pada suatu hari, ketika saya dan anak saya sedang menaiki tangga menuju ke loteng, seekor burung belatuk tiba-tiba terbang melewati wajah kami yang terkejut. Ternyata masalah itu adalah lebih teruk daripada sangkaan kami, burung itu ada di dalam rumah kami.

Semasa Yesus tiba di Yerusalem, orang ramai berharap Dia dapat mengatasi masalah luaran yang berlaku ke atas mereka, iaitu penindasan daripada bangsa Roma. Mereka berteriak, “Pujilah Anak Daud! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Pujilah Allah!” (Matius 21:9). Inilah saat yang dinantikan mereka; Raja yang dilantik Tuhan telah datang. Sekiranya Penyelamat yang dipilih Tuhan mula melakukan pembaharuan, tidakkah Dia akan bermula dengan semua masalah luaran? Tetapi dalam kebanyakan kisah Injil, selepas Yesus “memasuki pintu gerbang dengan kemuliaan”, Dia mengusir semua penukar wang dan penjual yang eksploitasi … dari Rumah Tuhan (ayat 12–13). Dia sedang menyucikan Rumah TUHAN dari dalam hingga ke bahagian luar.

Itulah yang berlaku apabila kita menyambut Yesus sebagai Raja; Dia datang untuk membetulkan sesuatu, dan Dia bermula dengan kita. Dia menggesa kita membasmi kejahatan dalaman kita. Yesus menunggang seekor keldai seperti seorang pahlawan. Apa yang dikehendaki oleh Yesus Raja adalah penyerahan kita yang sepenuhnya.