Andrew tinggal di negara yang tertutup dengan Injil. Ketika saya bertanya bagaimana dia merahsiakan imannya, dia berkata bahawa dia tidak perlu berbuat demikian. Dia bahkan mengenakan lencana gerejanya pada baju. Setiap kali ditangkap, dia memberitahu pihak polis bahawa “mereka juga memerlukan Yesus.” Andrew memiliki keberanian kerana dia yakin bahawa Tuhan menyertainya.

Elia tetap berani, bahkan ketika raja Israel menghantar 50 tentera untuk menangkapnya (2 Raja-Raja 1:9). Nabi tahu bahawa Tuhan menyertainya, dan dia memanggil api turun untuk membunuh angkatan tentera tersebut. Raja menghantar lebih banyak tentera dan Elia memanggil api turun lagi (ayat 12). Raja Israel terus menghantar lebih banyak tentera, tetapi angkatan tentera ketiga telah mendapat berita tentang apa yang telah berlaku terhadap tentera sebelumnya. Pegawai tentera itu memohon kepada Elia supaya tidak membunuh tenteranya. Sebenarnya Elia takut terhadap tentera ini, tetapi mereka menjadi lagi takut terhadap Elia. Maka malaikat Tuhan menyuruh Elia supaya pergi menghadap raja bersama dengan mereka (ayat 13–15).

Yesus tidak mahu kita memanggil api turun ke atas musuh kita. Ketika pengikut-pengikut Yesus meminta Dia melepaskan api untuk membinasakan perkampungan orang Samaria, Yesus memarahi mereka (Lukas 9:51–55). Kita hidup dalam zaman yang berbeza. Tetapi Yesus menginginkan kita memiliki keberanian seperti Elia supaya bersedia memberitahu semua orang tentang Penyelamat yang mati bagi mereka. Kisah ini seolah-olah mengatakan bahawa satu orang melawan 50 orang, tetapi sebenarnya Tuhanlah yang menawan mereka. Yesus menyediakan apa yang kita perlukan untuk mengasihi dan menjangkau orang lain dengan berani.