Month: April 2021

Teladan Iman

Dengan berganding tangan, saya dan cucu saya berlari-lari anak dari tempat letak kereta untuk mencari pakaian istimewa bagi semester sekolah baru. Sebagai seorang kanak-kanak prasekolah, dia sangat teruja dengan segala-galanya, dan saya bertekad untuk menjadikan kegembiraannya berganda. Saya baru sahaja melihat tulisan demikian pada kole kopi, “Nenek merupakan ibu yang ada banyak aising.” Aising mengandungi maksud seronok, gilang dan sukacita! Itulah huraian tugas saya sebagai neneknya, bukan? Namun peranan nenek adalah lebih daripada ini. 

Melayani Yang Hina 

Nama pemuda itu Spencer. Tetapi semua orang memanggilnya “Spence.” Dia merupakan juara lumba lari peringkat negeri sewaktu di sekolah tinggi, kemudian dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti berprestij dengan biasiswa akademik penuh. Sekarang dia tinggal di salah sebuah bandar terbesar di Amerika dan sangat dihormati dalam bidang kejuruteraan kimia. Bagaimanapun sekiranya anda bertanya kepada Spence tentang pencapaiannya yang terbesar setakat ini, dia tidak akan bercakap tentang semua itu. Dia akan bercerita dengan terujanya tentang lawatan-lawatan yang dilakukannya setiap beberapa bulan ke Nicaragua untuk memperhatikan keadaan beberapa orang kanak-kanak dan guru dalam program bimbingan yang telah dimulakan dengan bantuannya di salah sebuah daerah termiskin di negara itu. Dia akan memberitahu anda betapa hidupnya telah diperkaya dengan melayani mereka. 

Rancangan Yang Tidak Sempurna

Saya sedang meninjau-ninjau perpustakaan di tingkat bawah sebuah pusat komuniti yang baru ketika dentuman kuat dari lantai tingkat atas tiba-tiba menggoncangkan perpustakaan. Beberapa minit kemudian, dentuman itu berulang dua kali. Seorang pustakawan yang terganggu akhirnya menjelaskan bahawa satu ruang punggah terletak tepat di atas perpustakaan dan kebisingan itu berlaku setiap kali seseorang memunggah sesuatu yang berat. Arkitek dan pereka secara teliti telah merancang kemudahan yang canggih lagi terkini ini dari banyak aspek, namun mereka terlupa untuk menempatkan perpustakaan di lokasi yang jauh daripada semua kegiatan yang menimbulkan kebisingan. 

Menemukan Sukacita Dalam Pujian

Ketika penulis Biritish yang terkenal, C. S. Lewis mula-mula menyerahkan hidupnya kepada Yesus, dia keberatan untuk memuji Tuhan. Bahkan, dia menyebutnya sebagai “batu sandungan.” Dia bergelut “dengan prasangka bahawa Tuhan sendiri yang menuntut pujian terhadap diri-Nya.” Akan tetapi, kemudian Lewis menyedari bahawa “semasa Tuhan disembah, dinyatakanlah hadirat-Nya kepada umat-Nya. Kemudian “dalam kasih Tuhan yang sempurna,” kita akan menemukan sukacita dalam Dia, maka pujian akan terlahir dari hati kita secara semula jadi sebagaimana “cermin menyerap dan memantulkan terang,” sukacita dan pujian saling berkaitan.

Perlindungan untuk Yang Tersingkir

George Whitefield (1714–1770) adalah salah seorang pengkhutbah yang paling berbakat lagi efektif dalam sejarah. Di bawah bimbingannya, ribuan orang telah percaya kepada Yesus. Akan tetapi, hidupnya mendatangkan kontroversi. Amalan berkhutbah di tempat terbuka (untuk menampung kumpulan orang ramai) kadang-kadang dikritik oleh mereka yang mempersoalkan niatnya dan berpendapat bahawa dia seharusnya berkhutbah di dalam bangunan gereja sahaja. Tulisan pada batu nisan Whitefield menjelaskan tindak balasnya terhadap kata-kata tajam yang telah dilontarkan orang terhadapnya: “Aku akan menunggu dengan sabar sehingga Hari Pengadilan untuk membuktikan perwatakan aku; dan setelah aku meninggal, aku hanya menginginkan kata-kata berikut pada batu nisan: “Di sinilah bersemadinya George Whitefield—siapa jenis orangnya sewaktu hidup, akan dinyatakan pada Hari Pengadilan.’ ”