Month: Mei 2021

Bintang yang Bersinar

Saya boleh menutup mata dan mengenang kembali waktu silam di sebuah rumah yang saya membesar. Saya teringat waktu saya dan ayah memerhatikan bintang-bintang di langit. Kami bergilir-gilir melihat bintang-bintang itu melalui teleskopnya dan cuba memfokuskan bintik-bintik yang bersinar dan berkelipan. Titik-titik cahaya yang terdiri daripada haba dan api ini menonjol dengan amat jelas berlatarkan langit yang gelap pekat.

Disambut ke Rumah Bapa 

Anjing tua saya yang duduk di sebelah saya menengadah ke langit. Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh anjing itu. Satu hal yang saya pasti adalah anjing saya langsung tidak memikirkan kematian kerana anjing tidak “memahaminya”. Anjing tidak berfikir tentang hal-hal masa depan. Tetapi kita memikirkannya. Tidak kira usia, tahap kesihatan atau kekayaan kita, kita tetap memikirkan soal kematian. Menurut Mazmur 49:21, ini kerana kita memahami hal itu tetapi haiwan tidak. Kita tahu bahawa kita akan mati, dan tiada apa-apa yang mampu kita lakukan. “Tidak seorang pun dapat menebus dirinya; dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah” (ayat 8). Sama ada lelaki atau perempuan, tiada seorang pun memiliki wang yang cukup untuk menebus dirinya keluar dari kubur. 

Air yang Berkelimpahan

Di Australia, laporan tentang “kisah suram” kemarau yang dahsyat dicatatkan. Menurut laporan itu, ia merupakan tahun yang mengerikan dengan curahan hujan yang sangat sedikit. Kebakaran besar-besaran berlaku sehingga ke kawasan luar bandar. Ikan tidak dapat hidup dan tanaman termusnah. Semua itu disebabkan oleh ketiadaan sumber yang sering dianggap mudah iaitu air, sumber yang kita perlukan untuk hidup. 

langkah-langkah WS

Muat turun Pelekat Whatsapp sekarang dan kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga!

Sempena Hari Kaamatan dan Hari Gawai, Our Daily Bread Ministries telah membuat satu siri pelekat Whatsapp. Mungkin sesetengah kita tidak dapat meraikan bersama dengan keluarga buat masa sekarang, mari guna pelekat-pelekat yang bermakna ini untuk menyalurkan sukacita perayaan serta kerinduan sesama kita.

Bagi pengguna Android:

1. Muat turun aplikasi…

Kaamatan Menurut Perspektif Alkitab

 

Bolehkah Orang Kristian Merayakan Kaamatan?

 

KAAMATAN adalah perayaan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, terutama sekali bagi beberapa suku kaum di Sabah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perayaan ini telah diisytiharkan sebagai hari yang penting. Kerajaan telah menetapkan 30-31 Mei sebagai hari untuk merayakannya, khususnya di Sabah dan Labuan.

Dasar bagi orang Kristian untuk merayakan sesuatu bukanlah atas alasan…

Penglihatan yang Baru 

Selepas menjalani pembedahan kecil yang menyakitkan di sebelah kiri mata saya, doktor mencadangkan saya melakukan ujian penglihatan. Dengan yakin, saya menutup mata sebelah kanan dan membaca setiap baris perkataan pada carta dengan mudah. Namun, apabila saya menutup mata sebelah kiri, saya terkejut. Bagaimana mungkin saya tidak menyedari penglihatan saya yang begitu lemah?