Month: Ogos 2021

Mengenang Dan Meraikan

Pada 6 Disember 1907, satu letupan telah menggegarkan komuniti kecil di Virginia Barat, Amerika Syarikat, dan menjadi salah satu bencana terburuk dalam sejarah industri perlombongan arang batu. Kira-kira 360 pelombong terbunuh, dan dianggarkan bahawa tragedi ngeri ini meninggalkan 250 balu dan 1000 anak yang kehilangan bapa. Sejarawan berpendapat bahawa upacara peringatan yang diadakan telah menjadi penyebab perayaan Hari Bapa mula diraikan secara meluas di Amerika Syarikat. Daripada tragedi kehilangan besar, terjadi sebuah upacara peringatan, dan akhirnya muncul sebuah perayaan. 

Tuhan Tahu Kisahmu 

Tuhan Tahu Kisahmu 

Ketika saya memandu pulang selepas makan tengah hari bersama dengan rakan baik saya, dengan suara yang kuat saya mengungkapkan ucapan syukur kepada Tuhan untuk rakan baik saya ini. Rakan saya mengenal dan mengasihi saya walaupun ada perkara yang saya tidak suka tentang diri saya. Dia tergolong dalam segelintir orang yang menerima saya seadanya termasuk tabiat, kesilapan dan sifat aneh saya. Tetapi ada kisah hidup saya yang tidak dapat berkongsi dengan dia dan orang yang saya kasihi—pada waktu kelemahan saya, ketika saya bersikap menghakimi, tidak berbaik hati atau tidak menunjukkan kasih.

Mempercayai Alkitab

Billy Graham, seorang penginjil berbangsa Amerika yang terkenal pernah menceritakan pergelutannya untuk mempercayai kebenaran Alkitab sepenuhnya. Pada suatu malam ketika dia berjalan sendirian di bawah sinar bulan di pusat retret Pergunungan San Bernardino, dia berlutut dan meletakkan Alkitabnya di atas tunggul kayu dan hanya mampu berdoa dengan tergagap-gagap: “Ya Tuhan! Terdapat banyak perkara dalam Alkitab yang aku tidak faham.”

Iman yang Aktif

Ayah Sam terpaksa lari untuk menyelamatkan diri semasa berlaku rampasan kuasa di negaranya. Kerana kehilangan sumber pendapatan secara tiba-tiba, keluarganya tidak lagi mampu membeli ubat untuk adik lelaki Sam meneruskan hidup. Dengan perasaan marah terhadap Tuhan, Sam berfikir, Apakah yang telah kita lakukan sampai hal ini menimpa kita?

Berkongsi Berkat

Anak lelaki kami menghabiskan tahun-tahun awal hidupnya di rumah anak yatim sebelum kami mengambilnya sebagai anak angkat. Sebelum meninggalkan bangunan batu bata, kami memintanya mengumpulkan barang-barang peribadinya. Malangnya, dia tidak memiliki apa-apa. Kami menukar pakaiannya dengan pakaian baharu yang kami bawa untuknya, dan memberikan pakaian untuk kanak-kanak lain. Walaupun saya berasa sedih kerana dia tidak memiliki apa-apa, saya tetap gembira kerana sekarang kami dapat memenuhi keperluan fizikal dan emosinya.