Setelah menjalani rawatan radiasi sebanyak 30 kali, Darla akhirnya disahkan bebas daripada kanser. Sebagai sebahagian tradisi hospital, dia ingin sekali membunyikan “loceng bebas kanser” yang menandakan proses rawatannya telah berakhir dan meraikan kesihatang orang Israel meraikan pekerjaan Tuhan dalam hidup mereka. Pemazmur mendorong mereka untuk “tepuklah tangan”, “pujilah Alnnya yang kembali pulih. Darla begitu bersemangat semasa membunyikan loceng sehingga tali terlepas daripada loceng! Kemudian, gelak ketawa memenuhi ruang itu.

Kisah Darla mengukir senyuman pada wajah saya dan memberi saya gambaran tentang apa yang mungkin dibayangkan oleh pemazmur ketika dia mengundalah,” dan “nyanyikanlah pujian” kerana Tuhan telah menumpaskan musuh mereka dan memilih bangsa Israel sebagai umat-Nya yang dikasihi (Mazmur 47:2, 7).

Tuhan tidak selalu memberi kita kemenangan atas kesusahan yang berlaku dalam hidup kita, sama ada dari segi kesihatan, kewangan ataupun hubungan. Tetapi Dia layak disembah dan dipuji, meskipun kita berada dalam kesusahan kerana kita percaya bahawa Dia tetap “bersemayam di atas takhta-Nya yang suci” (ayat 9). Ketika penyembuhan-Nya benar-benar terjadi pada kita, itulah yang membawa kegembiraan yang luar biasa. Kita mungkin tidak berpeluang untuk membunyikan loceng, tetapi kita dapat meraikan kebaikan-Nya dengan gembira, seperti Darla.