Penantian Yang Berbaloi
Disebabkan terikat dengan pekerjaan yang sangat membebankan akibat waktu kerja yang panjang dan majikan yang tidak bertimbang rasa, James berharap dia dapat berhenti kerja. Tetapi dia perlu membayar gadai janji rumah serta menyara isteri dan anaknya yang masih kecil. Dia sangat tergoda untuk meletak jawatan tetapi isterinya mengingatkannya: “Mari kita bertahan dahulu dan lihat apa yang akan diberikan Tuhan kepada kita.”
Pahlawan, Orang Zalim dan Yesus
Beethoven berasa marah. Dia bermaksud untuk menamakan gubahannya, Simfoni Ketiga sebagai “Bonaparte.” Pada era kezaliman agama dan politik, dia menyanjung Napoleon Bonaparte sebagai pahlawan rakyat dan pejuang kebebasan. Tetapi ketika jeneral Perancis itu memahkotai dirinya sebagai maharaja, komposer terkenal itu berubah fikiran. Dia mengecam bekas pahlawannya sebagai bangsat dan penzalim, malah dia memadamkan nama Bonaparte dengan keras sehingga ada lubang pada skor muzik asal.
Menjaga Mereka yang Ada Kekurangan
Elvis Summers membuka pintu dan mendapati Smokey, seorang wanita berbadan kurus yang kerap datang meminta tin kosong untuk ditukarkan kepada wang tunai. Inilah sumber pendapatan utamanya. Satu idea terlintas dalam fikiran Elvis. “Bolehkan kamu tunjukkan di mana kamu tidur?” dia bertanya. Smokey pun membawanya ke sebuah kawasan sempit seluas 0.6 meter yang kotor di sebelah sebuah rumah. Dengan belas kasihan, Summers membina sebuah “rumah kecil” baginya―tempat perlindungan sederhana yang memberinya ruang untuk tidur dengan selamat. Summers mengembangkan ideanya itu dengan mengutip wang melalui halaman media GoFundMe, sementara dia bekerjasama dengan gereja-gereja tempatan untuk menyediakan tanah bagi membina lebih banyak tempat perlindungan untuk orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Diselamatkan daripada Musuh
Pada tahun 2010, George Vujnovich dianugerahi pingat bintang gangsa pada usia 94 tahun kerana dia mengatur strategi yang disebut oleh majalah New York Times sebagai “salah satu usaha penyelamatan yang terbesar sewaktu Perang Dunia II.” Vujnovich, anak seorang pendatang Serbia ke Amerika Syarikat, telah menganggotai tentera Amerika. Apabila dia mendapat khabar bahawa ramai tawanan yang terdiri daripada juruterbang tentera udara Amerika telah dilindungi oleh kumpulan pemberontak di Yugoslavia, Vujnovich kembali ke tanah air keluarganya. Dia pergi ke hutan menggunakan payung terjun untuk mencari semua juruterbang yang lain. Setelah menjumpai mereka, dia membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil dan mengajar mereka cara untuk bergaul dengan orang Serbia (memakai pakaian dan makan makanan Serbia). Kemudian selama berbulan-bulan, dia membawa setiap kumpulan kecil satu demi satu untuk berjalan kaki ke pesawat angkut C-47 yang terletak di landasan pendaratan yang dibuat mereka di hutan. Vujnovich berjaya menyelamatkan 512 juruterbang yang sangat gembira atas operasi ini.
Lautan Manusia
Kami menghadiri kebaktian gereja dengan penuh kegembiraan pada pagi Ahad. Walaupun kami mengamalkan penjarakan disebabkan pandemik Covid-19, kami menghargai peluang untuk meraikan perkahwinan Gavin dan Tijana. Sahabat-sahabat kami yang berbangsa Iran yang mahir dalam teknologi, menyiarkan upacara perkahwinan ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang tersebar di seluruh pelosok dunia termasuk Sepanyol, Poland dan Serbia. Cara yang kreatif ini membantu kami mengatasi kekangan dan bersukacita untuk menyaksikan mereka membuat perjanjian perkahwinan di depan Tuhan. Roh Tuhan menyatukan kami dan memberi kami kegembiraan.