Generasi Sekarang
“Jangan sekali-kali mempercayai sesiapa yang berusia lebih daripada 30 tahun,” kata Jack Weinberg, seorang pencinta alam sekitar yang muda pada tahun 1964. Komennya bersifat stereotaip tentang seluruh generasi, dan dia kesal berkata demikian pada masa kemudian. Ketika mengingat kembali masa itu, dia berkata, “Aku berkata sesuatu tanpa berfikir ... akibatnya ia diputarbelitkan dan disalahfahamkan.”
Identiti Sebenar
Semasa rakan saya meneliti gambarnya yang saya ambil, dia menunjukkan ciri-ciri fizikal yang dianggapnya tidak sempurna. Tetapi saya memintanya untuk melihat lebih teliti, “Aku melihat seorang puteri yang cantik dan disayangi Raja Segala Raja yang agung. Aku juga melihat seorang yang mengasihi Tuhan, berbelas kasihan terhadap orang lain, sentiasa menunjukkan kebaikan, kemurahan hati dan kesetiaan yang tulen, dan membawa perubahan kepada kehidupan ramai orang.” Ketika melihat air mata membasahi matanya, saya pun berkata, “Aku rasa anda layak memakai sebuah tiara!” Kemudian pada petang itu, kami memilih tiara yang sesuai untuknya agar dia tidak akan melupakan identiti dirinya yang sebenar.
Meraikan Kepelbagaian
Pada tahun 2019 sempena majlis penamatan pelajaran di sekolah menengah, seramai 608 pelajar bersedia untuk menerima sijil. Pengetua mula meminta para pelajar berdiri ketika dia menyebut nama negara kelahiran mereka: Afghanistan, Bolivia, Bosnia ... Pengetua terus membaca sehingga selesai menyebut 60 buah negara dan setiap pelajar pun berdiri diiringi sorakan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 60 buah negara, tetapi belajar di sekolah menengah yang sama.
Kita Memerlukan Komuniti Gereja
Saya merupakan anak sulung seorang mubaligh gereja Baptis Selatan. Setiap hari Ahad, saya dijangka mesti menghadiri kebaktian. Saya hanya tidak hadir jika saya sakit demam. Sebenarnya saya sangat suka pergi ke gereja walaupun ada beberapa kali saya demam. Tetapi keadaan ini telah berubah. Jumlah kehadiran di gereja tidak lagi seperti dahulu. Soalan yang kita perlu tanya ialah mengapa? Ada banyak jawapan yang berbeza. Kathleen Norris, seorang penulis menjawab soalan itu dengan memetik respons daripada seorang pastor, “Mengapakah kita pergi ke gereja?” Dia berkata, “Kita pergi ke gereja demi orang lain. Seseorang mungkin memerlukan anda hadir di situ.”