Apabila seorang pekerja bank di Jerman memindahkan sejumlah 62.40 euro dari akaun bank seorang pelanggan, dia secara tidak sengaja tertidur di mejanya sementara jarinya berada pada kekunci “2” yang mengakibatkan berlakunya pemindahan 222 juta euro (kira-kira RM1 bilion) ke dalam akaun pelanggan. Rakan sekerjanya yang mengesahkan pemindahan wang itu turut dipecat. Walaupun kesalahan yang diakibatkan oleh kecuaian pekerja ini telah berjaya diselesaikan dan diperbetulkan, tabiat pekerja yang kuat mengantuk itu hampir menjadi mimpi buruk bagi pihak bank tersebut.

Yesus memberi amaran kepada pengikut-pengikut-Nya bahawa jika mereka tidak tetap berwaspada, mereka juga akan melakukan kesalahan besar. Dia membawa mereka ke tempat bernama Getsemani untuk berdoa. Semasa Dia berdoa, Yesus mengalami kehibaan dan kesedihan yang tidak pernah dialami-Nya selama hidup-Nya di bumi. Dia meminta Petrus, Yakobus dan Yohanes tetap berdoa dan “berjaga” dengan Dia (Matius 26:38), tetapi mereka tertidur (ayat 40-41). Kegagalan mereka untuk berjaga-jaga dan berdoa membuat mereka tidak berupaya mempertahankan diri ketika godaan nyata untuk menyangkal Yesus muncul di hadapan mereka. Ketika Kristus menghadapi cabaran yang besar, para pengikut pula tidak memiliki kewaspadaan rohani.

Semoga kita memperhatikan kata-kata Yesus untuk terus berjaga-jaga secara rohani dengan lebih setia menumpukan waktu bersama dengan-Nya dalam doa. Ketika kita berdoa, Dia akan menguatkan kita untuk melawan segala macam godaan dan mengelakkan kesilapan yang besar seperti menyangkal Yesus.