Melenturtegangkan Otot Iman
Semasa melawat zoo, saya berehat berhampiran pameran sloth. Makhluk itu bergantung secara terbalik di dahan. Ia kelihatan puas bergantung diam-diam di situ. Saya menghela nafas. Oleh sebab masalah kesihatan, saya bergelut untuk menjadi diam dan ingin terus berjalan dan melakukan sesuatu—apa sahaja. Saya marah akan keterbatasan saya. Saya ingin sekali berhenti berasa lemah. Tetapi sementara saya menatap sloth itu, saya memerhatikan bagaimana binatang ini menghulurkan satu lengan, mencengkam dahan berdekatan dan berhenti bergerak lagi. Berdiam pun memerlukan kekuatan. Jikalau saya ingin berasa puas dengan bergerak perlahan atau berdiam seperti sloth, saya memerlukan kekuatan otot yang luar biasa. Untuk menyerahkan setiap saat yang perlahan dalam hidup saya kepada Tuhan, saya memerlukan kekuatan yang luar biasa.
Siapakah Yesus?
Siapakah Yesus? Ada yang mengatakan bahawa Dia adalah seorang guru yang baik, tetapi hanya seorang manusia. Pengarang C. S. Lewis menulis, “Sama ada orang ini ialah Anak Tuhan sejak dahulu dan sekarang, atau mungkin seorang gila atau lebih teruk daripada itu. Anda boleh menutup mulutnya kerana menganggap Dia orang bodoh, anda boleh meludahinya dan membunuhnya sebagai syaitan, atau anda boleh bersujud di kakinya dan memanggilnya Tuan dan Tuhan, tetapi jangan kita mengarut dan menghina dia sebagai seorang guru manusia yang agung.” Kata-kata yang kini terkenal dan dipetik daripada buku Mere Christianity (Kekristianan Asali) ini menyatakan bahawa Yesus tidak akan menjadi nabi yang agung jika Dia secara palsu mengaku Diri sebagai Tuhan. Itu akan menjadi ajaran sesat.
Semangat yang Boleh Diajar
Sedihnya tindakan mengkritik pendapat orang lain dan si pemilik pendapat itu telah menjadi “norma baharu.” Ini juga berlaku dalam kalangan cendekiawan. Atas sebab ini, saya terkejut apabila sarjana dan ahli teologi Richard B. Hays mengulas sebuah makalah dengan tegas dan bersemangat terhadap karya yang ditulisnya sendiri bertahun-tahun sebelumnya! Dalam makalah yang berjudul Reading with the Grain of Scripture (Membaca dengan Butir Alkitab), Hays menunjukkan sifat rendah hati yang ketara ketika dia membetulkan pemikiran masa lalunya sendiri, yang kini diperhalusi oleh komitmen sepanjang hayatnya dalam pembelajaran.
Kebebasan Sejati
Ketika membaca di dalam kereta api, Mei Ling sibuk menandakan ayat dan mencatat nota di tepi bukunya. Tetapi perbualan antara seorang ibu dan anak yang duduk berdekatan telah membuat dia menghentikan tindakannya. Ibu itu menegur anak perempuannya kerana dia mencoret buku perpustakaannya. Mei Ling segera meletakkan pennya, tidak mahu anak kecil itu mengabaikan kata-kata ibunya dengan meniru perbuatan Mei Ling. Dia tahu anak itu belum memahami bahawa dia tidak boleh merosakkan buku pinjaman, tetapi boleh membuat nota dalam buku milik sendiri.
Saling Memperhatikan
Jose, seorang guru pengganti berusia 77 tahun, telah tinggal dalam keretanya selama 8 tahun. Setiap malam, orang tua itu tidur di dalam kereta Ford Thunderbird LX tahun 1997, dengan hati-hati mengawasi bateri kereta yang akan menghidupkan komputernya untuk bekerja pada waktu petang. Jose tidak menggunakan wangnya untuk menyewa rumah, sebaliknya dia mengirimkan wang kepada ramai ahli keluarganya di Mexico yang lebih memerlukan. Setiap awal pagi, salah seorang bekas pelajar guru itu melihat Jose membelek-belek but keretanya. “Saya rasa saya perlu melakukan sesuatu,” katanya. Oleh itu, dia melancarkan kempen pengumpulan dana dan beberapa minggu kemudian, dia memberikan cek kepada Jose untuk membantu dia memiliki tempat tinggal.