William Shatner melakonkan watak Kapten Kirk dalam siri televisyen Star Trek, tetapi dia tidak bersedia untuk pengembaraan yang sebenar ke angkasa lepas. Shatner berkata bahawa penerbangan sub orbital selama 11 minit tersebut merupakan “pengalaman paling luar biasa yang boleh saya bayangkan.” Dengan perasaan kagum, Shatner melangkah keluar dari roketnya, “melihat langit yang biru melangkaui anda dan kemudiannya merenung ke dalam kegelapan, itulah pengalaman yang amat mengagumkan” kata Shatner. Anda “memandang ke bawah dan melihat warna kebiruan di bawah serta kegelapan di atas”. Dia menambah, “keindahan warna tersebut kelihatan sangat nipis dan anda akan melepasinya dalam hanya sekelip mata.”
Planet kita merupakan titik biru yang dikelilingi oleh kegelapan. Keadaan ini memang amat meresahkan. Shatner mengatakan bahawa penerbangan dari langit yang biru ke dalam kegelapan angkasa umpama bertemu dengan kematian. “Dalam sekelip mata, anda akan menyedari, ‘Wah, inilah rupa kematian!’ Itulah yang aku nampak. Keadaan tersebut amat terharu bagiku. Pengalaman ini memang sesuatu yang amat sukar dipercayai.”
Penerbangan yang dialami oleh Shatner memberikan sudut pandangan yang berbeza tentang kehidupan. Kita merupakan objek yang kecil di alam semesta, tetapi kita tetap dikasihi oleh Tuhan yang menciptakan cahaya dan memisahkannya daripada kegelapan (Kejadian 1:3-4). Bapa kita yang di syurga tahu tempat tinggal kegelapan dan jalan yang menuju ke tempatnya (Ayub 38:19-20). Tuhan “meletakkan batu penjuru dunia ini, pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama, dan makhluk-makhluk syurga bersorak gembira” (ayat 4-7).
Marilah kita menyerahkan hidup kita yang kecil ini kepada Tuhan yang memegang seluruh alam semesta dalam tangan-Nya.