Pembunuhan ngeri Dr. Martin Luther King Jr. berlaku ketika kemuncak gerakan sivil Amerika pada tahun 1960-an. Namun, hanya empat hari selepas kejadian itu, balunya Coretta Scott King dengan berani mengambil tempat mendiang suaminya untuk mengetuai perarakan protes dengan aman. Coretta mempunyai semangat keadilan yang mendalam dan seorang yang ligat dalam banyak badan amal.

Yesus berfirman, “Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran, kerana mereka akan dipuaskan” (Matius 5:6). Kita tahu bahawa suatu hari nanti Tuhan akan memberikan keadilan dan membetulkan segala yang salah, tetapi sehingga saat itu, kita mempunyai peluang untuk melibatkan diri dalam menjadikan keadilan Tuhan satu kenyataan di bumi, seperti yang dilakukan oleh Coretta. Yesaya 58 memberikan satu gambaran tentang panggilan Tuhan kepada umat-Nya: “membuka belenggu-belenggu kefasiqan … melepaskan orang yang tertindas … berkongsi rotimu dengan orang lapar … membawa orang miskin yang terbuang ke rumahmu … memberi [orang telanjang] pakaian … tidak menyembunyikan diri daripada [saudara sendiri yang memerlukan pertolongan]” (ayat 6-7). Memperjuangkan keadilan bagi orang yang tertindas dan golongan yang terpinggir adalah salah satu cara membawa hidup kita kembali kepada Tuhan. Yesaya menulis bahawa umat Tuhan yang menegakkan kebenaran adalah seperti terang fajar dan membawa penyembuhan kepada mereka dan yang lain (ayat 8).

Semoga Tuhan menolong kita memupuk keinginan yang mendambakan kebenaran-Nya di bumi pada hari ini. Semasa kita mencari kebenaran melalui cara dan kekuasaan-Nya, Alkitab mengatakan bahawa kita akan dipuaskan.