Sebagai seorang pelawat di sebuah bandar kecil Afrika Barat, pastor saya dari Amerika memastikan bahawa dia akan tiba tepat pada waktunya untuk menghadiri kebaktian Ahad pada pukul 10 pagi. Bagaimanapun, dia mendapati gereja itu adalah kosong. Jadi dia menunggu. Satu jam. Dua jam. Akhirnya, kira-kira pada jam 12:30 petang, seorang pastor tempatan tiba dari suatu tempat yang jauh—diikuti oleh beberapa ahli koir dan sekumpulan orang bandar yang peramah—akhirnya ibadat tersebut bermula “tepat pada masanya”, seperti dikatakan oleh pastor saya selepas itu. “Roh Tuhan menyambut kita, dan Tuhan tidak lewat.” Pastor saya memahami budaya di tempat itu adalah berbeza.

Masa kelihatan ada kaitan dengan petikan hari ini, seperti dibuktikan dalam Injil tentang sifat Tuhan yang sempurna dan tepat pada masa. Oleh itu, selepas Lazarus jatuh sakit dan meninggal, Yesus tiba empat hari kemudian, dan kedua-dua saudara perempuan Lazarus mempersoalkan sebabnya. Marta berkata kepada Yesus, “Ya Tuhan, kalaulah Engkau ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!” (Yohanes 11:21). Kita mungkin juga berpendapat sedemikian, tertanya-tanya sebabnya Tuhan tidak menyelesaikan masalah kita dengan cepat. Adalah lebih baik kita menunggu dalam iman untuk jawapan dan kuasa-Nya.

Seperti yang ditulis oleh ahli teologi Howard Thurman, “Kita menunggu, Bapa kita, sehingga akhirnya kekuatan Tuhan menjadi kekuatan kita, hati Tuhan menjadi hati kita, pengampunan Tuhan menjadi pengampunan kita. Kita menunggu, oh Tuhan, kita menunggu.” Kemudian, sepertimana yang berlaku dengan Lazarus, apabila Tuhan memberi respons, kita diberkati walaupun harus mengalami penangguhan yang tidak diingini.