Dua belas pasukan, bahawa setiap pasukan terdiri daripada tiga orang yang berdiri bahu-membahu, bersedia untuk perlumbaan empat kaki. Buku lali dan lutut setiap peserta yang berdiri di bahagian luar akan diikat kepada orang yang di tengah dengan kain yang berwarna-warni. Kini setiap mata fokus pada garisan penamat. Apabila wisel dibunyikan, setiap pasukan menerjang ke hadapan. Kebanyakan kumpulan terjatuh namun mereka berusaha untuk berdiri semula. Segelintir kumpulan memilih untuk melompat daripada berjalan. Ada yang menyerah kalah. Tetapi ada satu pasukan yang lambat bermula, mengesahkan rancangan mereka, dan berkomunikasi semasa mereka bergerak ke hadapan. Mereka tersandung di sepanjang jalan tetapi kemudiannya berjaya mendahului pasukan yang lain. Kesanggupan mereka untuk bekerjasama, langkah demi langkah, membolehkan mereka sampai ke garisan penamat bersama-sama.

Hidup untuk Tuhan dalam komuniti orang yang percaya kepada Yesus sering membangkitkan perasaan kecewa umpama bergerak dalam perlumbaan empat kaki. Kita selalunya tersandung apabila berinteraksi dengan orang yang mempunyai pendapat yang berbeza daripada kita.

Petrus bercakap tentang doa, hospitaliti, dan menggunakan kurnia kita supaya kita dapat menyesuaikan diri dalam kesatuan untuk menghadapi kehidupan. Dia menggalakkan orang yang percaya kepada Yesus untuk “kasihilah satu sama lain” (1 Petrus 4:8), raikan satu sama lain tanpa bersungut, dan “gunakanlah kurnia itu untuk kebaikan semua” (ayat 10). Apabila kita meminta Tuhan menolong kita untuk berkomunikasi dan bekerjasama, kita boleh menunjukkan kepada dunia bagaimana kita boleh meraikan perbezaan dan hidup bersama dalam kesatuan.