Menghadiri acara besar mungkin boleh mengubah keperibadian anda dengan cara yang mengejutkan. Setelah berinteraksi dengan lebih daripada 1200 orang dalam sebuah acara yang berlangsung selama beberapa hari di UK dan AS, seorang pengkaji iaitu Daniel Yudkin dan rakan-rakan sekerjanya mendapati bahawa pesta besar dapat mempengaruhi arah moral kita, bahkan mempengaruhi keinginan kita untuk berkongsi sumber dengan orang lain. Penelitian mereka menemukan bahawa 63 peratus daripada peserta itu melalui pengalaman “transformasi” di pesta. Acara seperti ini juga membuat mereka berasa lebih terhubung dengan sesama dan lebih murah hati terhadap teman, keluarga, bahkan orang asing.
Namun, pada saat kita berkumpul dengan orang lain untuk menyembah Tuhan, kita dapat mengalami bukan sekadar “transformasi” sosial dari pesta sekular; kita bersekutu dengan Tuhan. Pada masa dahulu, umat Tuhan mengalami perhubungan dengan Tuhan pada saat mereka berkumpul di Yerusalem untuk menyambut pesta suci sepanjang tahun. Mereka mengembara tanpa kemudahan moden untuk hadir di rumah ibadat tiga kali setahun untuk “Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu dan Perayaan Pondok Daun“ (Ulangan 16:16). Perkumpulan ini ialah masa untuk memperingati, menyembah dan bersukacita “di hadapan TUHAN,” bersama dengan keluarga, para hamba, orang asing dan orang lain (ayat 11).
Marilah kita berkumpul untuk beribadah dan membantu satu sama lain untuk terus menikmati hadirat Tuhan dan mempercayai kesetiaan-Nya.