Pada hari terakhir kami di Wisconsin, rakan saya membawa Kinslee, anak perempuannya yang berusia empat tahun untuk mengucapkan selamat tinggal. “Saya tidak mahu mak cik berpindah,” kata Kinslee. Saya memeluknya dan memberinya sebuah kipas kanvas lukisan tangan daripada koleksi saya. “Apabila Kinslee merindui makcik, gunakan kipas ini dan ingatlah bahawa mak cik sayang akan Kinslee.” Kinslee bertanya sama ada dia boleh mendapatkan kipas yang lain—kipas kertas dari beg saya. “Yang itu rosak,” kata saya. “Makcik mahu Kinslee memiliki kipas terbaik.” Saya tidak menyesal memberi Kinslee kipas kegemaran saya. Melihat dia gembira, saya pun berasa senang hati. Kemudian Kinslee memberitahu ibunya bahawa dia sedih kerana saya menyimpan kipas yang rosak. Mala mereka mengirimkan sebuah kipas ungu berhias yang serba baharu kepada saya. Selepas memberi saya hadiah dengan murah hati, Kinslee berasa gembira semula. Begitu juga dengan saya.

Di dunia yang menggembar-gemburkan kepuasan dan kepentingan diri, kita mungkin tergoda untuk bersikap kedekut dan bukannya memberi dengan murah hati. Tetapi Alkitab menyebut bahawa sorang yang “sering bermurah hati … semakin bertambah kaya (AMSAL 11:24). Budaya kita mentakrifkan kemakmuran sebagai memiliki lebih banyak dan makin banyak lagi, tetapi Alkitab menyebut bahawa “jiwa yang suka beramal jariah akan diberi kelimpahan, orang yang memberikan air kepada orang, dia sendiri akan diberi minum” (AYAT 25)

Kasih dan kemurahan Tuhan yang tanpa batas atau syarat menyegarkan jiwa kita tanpa berhenti. Setiap kita boleh bermurah hati dan mencipta pemberian yang tidak berkesudahan kerana kita mengenal Tuhan—Pemberi segala sesuatu yang baik, yang sentiasa memberi dengan berkelimpahan.