Ramai orang menganggap Ferrante dan Teicher sebagai pemain duet piano terhebat sepanjang zaman. Kerjasama mereka dalam persembahan sangat tepat sehingga gaya mereka digambarkan sebagai empat tangan tetapi dalam satu fikiran. Apabila mendengar muzik mereka, seseorang akan sedar tentang usaha keras diperlukan untuk menyempurnakan kemahiran mereka.
Lebih daripada tu, mereka sangat suka apa yang dilakukan mereka. Malahan, walaupun selepas mereka bersara pada tahun 1989, Ferrante dan Teicher kadang-kadang muncul di kedai piano tempatan untuk mengadakan “persembahan konsert” tanpa dirancang, kerana mereka sangat suka memainkan piano.
Daud juga suka memainkan alat muzik—tetapi dia bekerjasama dengan Tuhan untuk memberikan tujuan yang lebih besar bagi lagunya. Mazmur-mazmurnya mengesahkan kehidupannya yang penuh pergelutan dan keinginannya untuk hidup dalam ketergantungan yang mendalam kepada Tuhan. Namun, apabila dia mengalami kegagalan dan kelemahan dalam keperibadian, pujiannya menyatakan semacam “nada rohani yang sempurna”. Walaupun dalam masa yang paling gelap, dia masih mengakui kebesaran dan kebaikan Tuhan. Makna terdalam di sebalik pujian Daud secara ringkas dinyatakan dalam Mazmur 18:1, “Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku.”
Daud meneruskan, “Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji” (ayat 3) dan “dalam kesesakanku aku berseru kepada TUHAN” (ayat 6). Walau apa pun keadaan kita, semoga kita juga mengangkat hati kita untuk memuji dan menyembah Tuhan kita. Dia layak menerima semua pujian!