Pada bulan November tahun 1962, seorang ahli fizik yang bernama John W. Mauchly berkata, “Tiada sebarang alasan untuk membuat andaian bahawa seorang budak lelaki atau perempuan biasa tidak dapat menggunakan sebuah komputer peribadi.” Ramalan Mauchly kedengaran luar biasa pada waktu itu, tetapi kata-katanya terbukti sangat tepat. Hari ini, penggunaan komputer atau alat bimbit merupakan salah satu kemahiran awal yang dipelajari oleh seorang budak.

Ramalan Mauchly telah menjadi kenyataan, begitu juga dengan ramalan-ramalan lain yang lebih penting—ramalan dalam Alkitab tentang kedatangan Kristus. Contohnya Mikha 5:2 menyatakan, “Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.” Tuhan mengutus Yesus, yang lahir di Betlehem yang kecil—menandakan Dia sebagai keturunan raja Daud (lihat Lukas 2:4-7).

Alkitab meramalkan dengan tepat tentang kedatangan Yesus yang pertama serta menjanjikan kedatangan-Nya yang kedua kali (Kisah Para Rasul 1:11). Yesus berjanji kepada pengikut-pengikut-Nya yang pertama bahawa Dia akan datang kembali untuk mereka (Yohanes 14:1-4).

Pada musim Krismas ini, semasa kita merenungkan ramalan yang tepat tentang kelahiran Yesus, marilah kita juga merenungkan tentang kedatangan-Nya yang kedua kali seperti yang telah dijanjikan, dan tolong mempersiapkan kita bagi saat yang mulia ini apabila kita bersemuka dengan Dia!