Ayah Philip menghidap penyakit mental yang teruk, dia pernah meninggalkan rumah dan hidup di jalanan. Selepas ibunya, Cyndi dan Philip yang masih kecil menghabiskan masa seharian mencarinya, Phillip sangat bimbang akan keadaan ayahnya. Dia bertanyakan ibunya sama ada ayahnya dan orang lain yang ketiadaan rumah akan berasa hangat di luar. Maka mereka melancarkan satu usaha untuk mengumpul dan mengagihkan selimut-selimut serta perlengkapan musim sejuk kepada gelandangan di kawasan tersebut. Selama lebih daripada satu dekad, Cyndi telah menganggap usaha ini sebagai kerja untuk seumur hidupnya, dia sangat bersyukur kerana anaknya dan imannya kepada Tuhan, ini telah menyedarkan dia tentang kesusahan yang dialami oleh orang yang tiada tempat tidur yang hangat.
Alkitab telah lama mengajar kita untuk peka terhadap keperluan orang lain. Dalam kitab Keluaran, Musa telah memberikan prinsip untuk membimbing kita caranya untuk memperlakukan orang yang serba kekurangan. Apabila kita tergerak hati untuk membekalkan keperluan orang lain, kita “jangan bertindak seperti peminjam wang”, dan tidak patut mengaut keuntungan daripadanya (Keluaran 22:25, TMV). “Jika kamu mengambil pakaian kawanmu sebagai gadaian, kembalikanlah pakaian itu kepadanya sebelum matahari terbenam, kerana hanya itulah penutup dan pakaian pada tubuhnya; dengan apakah dia akan tidur?” (ayat 26-27).
Marilah kita meminta Tuhan membuka mata dan hati kita untuk melihat bagaimana kita dapat meringankan penderitaan seseorang. Sama ada kita berusaha untuk memenuhi keperluan ramai–seperti dilakukan oleh Cyndi dan Philip–ataupun memenuhi keperluan seseorang, kita memuliakan Tuhan dengan memperlakukan mereka dengan hormat dan kasih.