Month: Mac 2024

Tuhan Mencipta Semuanya

Ketika anak lelaki saya, Xavier berusia tiga tahun, dia meramas tangan saya semasa kami memasuki Akuarium Teluk Monterey di California. Sambil menunjuk ke arah sebuah patung sebesar saiz sebenar ikan paus kelasa yang tergantung di siling, dia berkata, “Besar betul!” Matanya bersinar kegembiraan sepanjang masa kami meneroka setiap pameran. Kami ketawa apabila melihat memerang memercikkan air semasa makan. Kami berdiri senyap di hadapan tingkap akuarium kaca yang besar, terpukau dengan obor-obor berwarna coklat keemasan yang menari di dalam air berwarna biru elektrik. “Tuhan yang mencipta setiap makhluk di lautan,” kata saya, “seperti Dia mencipta kamu dan saya.” Xavier berbisik, “Wah.”

Berkobar-kobar untuk Kristus

Ketika kali pertama kami bertemu dengan Henry, iaitu jiran kami, dia mengeluarkan Alkitab usang dari begnya. Matanya bersinar kegembiraan, dan bertanya sama ada kami berminat untuk membincang tentang Kitab Suci. Kami mengangguk, maka dia menyelak beberapa petikan yang telah diserlahkannya. Dia menunjukkan kepada kami buku nota yang penuh dengan kajiannya dan berkata bahawa dia juga telah mendigitalkan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dalam komputer.

PERANAN DAN HAK SEJATI WANITA

PERANAN DAN HAK SEJATI WANITA

Kejadian 1:27

Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan.

Tahukah anda bahawa Allah telah mencipta wanita seperti lelaki—diciptakan menurut rupa dan gambaran Tuhan? Ini bermaksud bahawa lelaki dan wanita adalah sama di mata Tuhan. Semuanya adalah pewaris janji Tuhan. Wanita bukan sahaja diberi hak untuk menjadi anak Tuhan, tetapi juga…

Gunakan Apa yang Dibekalkan Tuhan

Bangunan Dewan Bandaraya Brisbane di Australia merupakan sebuah projek tahun 1920-an yang mempesonakan. Tangga-tangganya yang berwarna putih diperbuat daripada marmar yang terkenal dari kuari yang sama digunakan oleh Michelangelo untuk menghasilkan arca Daud. Menara dewan itu mencerminkan kemegahan Gereja St. Mark di Venice, dan kubah tembaganya adalah yang terbesar di Hemisfera Selatan. Para pembina berhasrat untuk meletakkan sebuah patung Malaikat Damai yang besar untuk menghiasi puncak bangunan itu, tetapi mereka terdapat masalah kewangan. Pada masa itu seorang tukang paip yang bernama Fred Johnson datang untuk menyelamatkan keadaan. Dia menggunakan tangki tandas, tiang lampu lama, dan kepingan besi buruk untuk mencipta bola ikonik yang memahkotai menara itu selama hampir seratus tahun.

Tuhan Tempat Perlindungan Kita

Filem Little Women pada tahun 2019 yang luar biasa itu membawa saya kembali kepada naskhah novel saya yang usang, terutamanya kata-kata penghiburan Marmee, seorang ibu yang bijak dan bersifat lembut dalam cerita tersebut. Saya tertarik dengan penggambaran novel tentang imannya yang teguh, yang mendasari kata-kata galakan bagi anak-anak perempuannya. Salah satu katanya yang menarik bagi saya ialah: “Kesusahan dan godaan … mungkin banyak, tetapi anda boleh mengatasi dan menghadapi semuanya jika anda belajar untuk mengalami kekuatan dan kelembutan Bapa kamu yang di syurga.”