Month: Mei 2026

Dikobarkan oleh Iman

J.D. menyaksikan pemandangan yang menakjubkan dalam perjalanannya ke beberapa buah negara Afrika. Mesej yang dihantarnya kepada kami dari Zambia Timur turut disertakan dengan beberapa keping gambar, yang menunjukkan segolongan wanita yang penuh iman sedang membentangkan pelan pelayanan Injil mereka selama tiga tahun. “Ini merupakan salah satu pembentangan pelan strategik paling berkuasa yang pernah saya dengar sepanjang hidup saya. Mereka tidak menggunakan papan putih, tetapi melukis di atas tanah. Mereka tidak mengedarkan salinan kertas yang cantik tentang apa yang akan dilakukan, tetapi mereka mempamerkan pelan mereka pada sekeping kertas bersaiz poster yang ronyok, yang dipegang oleh dua orang. Sungguh luar biasa!”

Hidup dan Mati

Selain menghadiri upacara rasmi dan menandatangani beberapa arahan eksekutif selepas mengangkat sumpah jawatan, para presiden baharu Amerika Syarikat berhadapan dengan satu realiti yang tidak dapat dinafikan: Mereka mula merancang upacara pengebumian mereka sendiri. Dengan cara itu, negara akan bersedia untuk memperingati hidup mereka apabila mereka meninggal dunia. George H. W. Bush ditanya sama ada terasa “pelik” untuk merancang upacara peringatan sendiri. Dia menjawab, “Anda akan terbiasa dengannya.” Sejarawan akan menulis tentang legasi mereka, tetapi para presiden harus merancang perkhidmatan mereka untuk negara secara peribadi dan tradisional, serta bagaimana mereka ingin dikenang.

Tidak Takut akan Hari Kiamat

Pada tahun 1859, ribut suria terbesar dalam sejarah yang pernah direkodkan telah berlaku. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Carrington, mengakibatkan gangguan geomagnet yang sangat kuat dan dipercayai telah menggendalakan sistem telegraf pada masa itu. Laman web Space.com menyatakan, "Satu terkaan telah dibuat bahawa jika ribut sebesar Peristiwa Carrington berlaku pada masa kini, ia boleh menyebabkan ‘kiamat internet’.”

Kasih yang Melampaui Jarak

“Kami melambai-lambai sehingga mereka hilang daripada pandangan. Itulah cara untuk menunjukkan kami mengasihi mereka.” Kata-kata ibu saya ketika saya masih kecil menjelaskan satu kebiasaan yang dilakukannya dan ayah saya apabila ada saudara-mara meninggalkan rumah kami selepas mengunjungi kami. Ibu dan ayah akan berdiri di luar sambil melambai-lambai kepada mereka yang pergi sehingga mereka lenyap di kejauhan. Kadang-kadang mereka berdiri di situ untuk masa yang lama, tetapi itu tidak mengapa bagi mereka. Apabila saya sendiri sudah membesar dan berpindah ke tempat lain, barulah saya memahami sebabnya.

Pertahanan yang Baik

Di gelanggang bola keranjang, pasukan cucu kami yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu berusaha sedaya upaya untuk menjaringkan skor. Dengan jelas mereka mahir dalam menyerang. Namun, setiap kali mereka berjaya menjaringkan skor, jurulatih mereka akan menggesa mereka bergegas kembali ke gelanggang sendiri untuk membentuk pasukan bertahan, yang kadang-kadang mereka enggan untuk melakukannya. Semua orang mahu menjaringkan skor, tetapi tiada siapa benar-benar ingin melakukan kerja keras untuk mempertahankan pasukan sendiri.