Lukisan pada siling Banqueting House di London sangat menakjubkan. Karya agung ini merupakan rekaan Sir Peter Paul Rubens antara tahun 1629 dan 1634, atas arahan Raja Charles I untuk menyanjung kejayaan dan kuasa keluarganya. Dalam salah satu lukisan, dewi Minerva meraikan pencapaian ayah Charles, Raja James I. Dalam lukisan lain, James dibawa ke syurga atas sayap helang. Apabila menatap ke atas siling, para tetamu jamuan mendapat mesej yang jelas: Raja seperti Charles dan ayahnya ingin dianggap sebagai dewa.

Pada zaman nabi Yesaya, raja Babel juga menganggap dirinya seperti tuhan. Dia menyatakan hasratnya untuk “naik ke langit” dan “duduk di gunung pertemuan”, yang dipercayai sebagai tempat bertakhta dewa-dewa (Yesaya 14:13). Sebaliknya, Yesaya meramalkan bahawa raja ini akan jatuh (ayat 3-4), “diturunkan ke alam kubur” (ayat 15) bahkan tanpa kubur untuk diingati (ayat 18-19). Charles I mengalami kesudahan yang serupa. Dalam keadaan yang ironis, dia diheret di bawah siling yang sepatutnya menggambarkan keilahiannya, sebelum dia dihukum mati di luar Banqueting House pada tahun 1649.

Ia adalah fakta yang menyedihkan yang berulang sepanjang sejarah: orang berkuasa yang menuntut kemuliaan ilahi untuk diri mereka sendiri suatu hari nanti akan menyedari bahawa mereka hanyalah manusia. Kerana hanya Tuhan yang layak memerintah di syurga, dan segala keperkasaan, kemuliaan, dan kejayaan adalah milik-Nya (1 Tawarikh 29:11).