Claire ialah seorang remaja yang berpegang teguh pada pendiriannya. Semasa dia dan rombongan sekolah menengahnya mengunjungi sebuah pusat pemulihan dadah, dia mula berbual dengan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan dua puluhan yang lebih tinggi dan besar daripadanya tentang iman.
Claire dengan jelas menyampaikan Injil Yesus. Namun lelaki itu membalas dengan pandangan rohaninya yang sangat berbeza. Perbualan mereka adalah mesra, malah mereka saling bertukar pendapat. Akhirnya, pemuda itu memandang Claire dan berkata, “Kamu menang. Saya tidak dapat melawan hujah kamu.”
Walaupun pemuda itu tidak menaruh kepercayaannya kepada Yesus, benih Injil telah ditanam ke dalam hatinya. Meskipun Claire berharap pemuda itu akan menerima Kristus, kekecewaannya telah terhibur kerana dia telah melakukan apa yang diperintahkan Tuhan pada hari itu: “Bersedia memberikan jawapan” (1 Petrus 3:15). Dia dengan penuh kasih telah berkongsi tentang karya penyelamatan Tuhan.
Claire tidak ”merasa malu“ untuk menyebarkan Injil (Roma 1:16 FAYH). Dia bersedia “memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hati[nya]” (1 Petrus 3:15). Dia juga tahu bahawa perkataannya perlu “penuh dengan kasih kurnia” supaya dia “tahu menjawab” (Kolose 4:6) pemuda itu dengan sikap yang benar.
Sungguh Istimewa apabila Tuhan membenarkan kita memberitahu orang lain tentang Kristus! Marilah kita sentiasa bersedia untuk berkongsi kasih dan berita baik-Nya, sambil Dia menyediakan segala yang kita perlukan untuk melakukannya.
