Pada suatu malam yang gelap tanpa cahaya bulan di Selat Santa Barbara, di pesisir pantai California, seorang nelayan komersial bernama Scott Thompson terjatuh dari botnya. Dia tidak tahu sama ada dia akan terselamat. Dia berenang sekuat tenaga mengejar botnya, tetapi enjin masih hidup dan dia tidak mampu mencapainya. Akhirnya dia berenang ke arah sebuah pelantar minyak yang jauh, dalam kegelapan malam. Ketika harapannya mula pudar, Thompson terdengar bunyi percikan dari air sejuk yang berhampiran dirinya. Seekor anjing laut pelabuhan berenang bersamanya untuk sementara waktu, seolah-olah menolaknya ke arah pelantar tersebut. Lima jam kemudian, Thompson berjaya menamatkan renangan yang panjang itu dan menggambarkan anjing laut tersebut bagaikan “seorang malaikat” yang dihantar untuk menolongnya.

Dalam kitab Ibrani, malaikat digambarkan sebagai “roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan” (Ibrani 1:14). Petikan Ibrani 14 menekankan keagungan Yesus dan menegaskan bahawa malaikat—walaupun ialah makhluk yang hebat dan mulia—diciptakan untuk melaksanakan kehendak-Nya untuk menyelamatkan kita. “Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya” (1:3).

Di sekeliling kita sebenarnya ada dunia yang tidak dapat dilihat, yang Tuhan mengutus malaikat untuk menolong mereka yang telah menerima berita baik tentang Yesus dengan sukacita. Kadang-kadang malam kita terasa panjang dan kita tertanya-tanya sama ada kita mampu terus bertahan. Namun Tuhan sentiasa menyediakan pertolongan yang kita perlukan—pertolongan yang “menolak” kita untuk terus berjalan di dalam-Nya.